Terma Penggunaan

November 21, 2018

Kami bekerjasama dengan Shop MA, Inc., SHOP.com Marketplace, Inc., Conquer Entertainment, Inc., UnFranchise Business Services, LLC, maCares, NutraMetrix Educational Institute, Market America, Inc. dan setiap subsidiari dan syarikat-syarikat bersekutu mereka (secara kolektifnya “Syarikat-syarikat Bersekutu”). Rujukan yang dibuat ke atas “Market America”, “MA”, “Syarikat”, “kita”, “kami” dan “kami semua” secara kolektifnya termasuk Market America, Inc., dan Syarikatsyarikat Bersekutu. Laman ini berpangkalan di Amerika Syarikat.

SILA BACA TERMA DAN SYARAT INI DENGAN TELITI. PENGGUNAAN LAMAN WEB ATAU APLIKASI TELEFON BIMBIT MENGGUBAH PERSETUJUAN ANDA UNTUK MENGIKUTI TERMA DAN SYARAT INI, YANG MENGIKAT KONTRAK DI ANTARA MA DAN ANDA.

  1. Kesan Ikatan / Pengguna. Terma-terma ini menetapkan terma-terma yang sah di sisi undang-undang untuk kegunaan anda dalam Laman dan App Telefon Bimbit. “Guna” atau “Menggunakan” Laman atau App Telefon Bimbit termasuk melayari, menggunakan atau mengakses kesemua atau sebahagian daripada Laman atau App Telefon Bimbit, mencipta satu akaun, mendaftar masuk sebagai tetamu atau log masuk ke Laman atau App Telefon Bimbit. Penggunaan Laman atau App Telefon Bimbit menandakan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma-terma ini, samada anda adalah seorang “Pengguna Berdaftar” (anda telah berdaftar di Laman atau App Telefon Bimbit ATAU mana-mana laman MA yang lain), atau seorang “Pelawat” (anda belum mendaftar). Pengguna-pengguna berdaftar yang bukan Pemilik UnFranchise MA (“UFO”) adalah "Pelanggan Terpilih MA." Terma “Pengguna” merujuk kepada seorang Pelawat atau Pengguna Berdaftar. Jika anda tidak bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang yang berkenaan dan Terma-terma ini, anda seharusnya tidak Menggunakan Laman atau App Telefon Bimbit. Anda akan menunjukkan penerimaan Terma-terma ini semasa proses pendaftaran. Jika anda telah berdaftar dengan mana-mana laman MA yang lain sebelum ini, log masuk atau Penggunaan Laman atau App Telefon Bimbit anda menunjukkan bahawa anda telah menerima Terma-terma ini.
  2. Dasar-dasar / Terma-terma Lain. Semua dasar yang dipaparkan di Laman semasa ini, dan semua dasar yang kami akan paparkan di Laman pada masa hadapan dengan ini digabungkan ke dalam Terma-terma.
  3. Perubahan. KAMI BERHAK UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN KE LAMAN, APP TELEFON BIMBIT DAN TERMA -TERMA TANPA NOTIS KEPADA ANDA. Ini merupakan adalah tanggungjawab anda untuk mengulas Terma dan Syarat untuk kemas kini atau perubahan. Penggunaan Laman atau App Telefon Bimbit anda secara berterusan selepas MA memaparkan suatu perubahan ke atas Terma dan Syarat ini menandakan penerimaan anda terhadap perubahan sebegini.
  4. Kelayakan. Penggunaan Laman tidak sah di mana dilarang undang-undang. Dengan Menggunakan Laman ini, anda mewakili dan menjamin bahawa (a) semua maklumat pendaftaran yang anda hantar ke Laman dan kesemua laman MA yang lain adalah benar, tepat, terkini dan lengkap; (b) anda akan mengemas kini dan mengekalkan ketepatan maklumat sedemikian; (c) anda mempunyai keupayaan di sisi undang-undang dan umur sah di sisi undang-undang untuk menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Terma-terma ini (sepertimana yang tertera dalam undang-undang dan peraturan-peraturan bidang kuasa anda); dan (d) Penggunaan anda di Laman tersebut tidak melanggar mana-mana undang-undang, peraturan atau pengawalaturan.
  5. Penamatan. MA berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk menamatkan Pendaftaran anda dan/atau untuk menolak, menghadkan, menggantung atau menamatkan Penggunaan anda ke atas kesemua atau sebahagian daripada Laman atau App Telefon Bimbit pada bila-bila masa, dengan atau tanpa sebab, ada atau tanpa notis atau penjelasan, dan tanpa liabiliti. MA sesungguhnya berhak untuk menamatkan Pendaftaran anda dan/atau menolak, menghad, menggantung, atau menamatkan Penggunaan anda ke atas semua atau sebahagian daripada Laman atau App Telefon Bimbit jika MA menentukan, atas budi bicara mutlaknya, bahawa anda telah melanggar Terma-terma ini atau bahawa anda mungkin mengancam Laman, App Telefon Bimbit dan/atau para Penggunanya. Selepas Pendaftaran dan/atau akses ditamatkan, Terma-terma ini juga akan ditamatkan, tetapi peruntukan berikut masih dipakai: Seksyen-seksyen 1, 2, 5, 7.1, 7.3, 7.4, 7.5, 7.6, 8, 9, 10, 17.7, 18, 19, 20, 22, 23 dan 24.
  6. Kata Laluan. Anda akan mencipta satu nama pengguna dan kata laluan semasa pendaftaran. Jika anda pernah mendaftar dengan laman MA yang lain, anda boleh log masuk ke Laman dan Aplikasi Mudah Alih dengan nama pengguna dan kata laluan yang sama. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kesulitan dan keselamatan kata laluan anda dan bersetuju bahawa anda tidak akan mendedahkan kata laluan anda kepada mana-mana pihak ketiga. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan akaun, nama pengguna atau kata laluan para Pengguna yang lain. Anda bersetuju untuk memaklumkan MA dengan segera jika anda mendapati mana-mana penggunaan tanpa kebenaran ke atas akaun anda atau akses ke kata laluan anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana dan segala penggunaan akaun anda.
  7. Hak Proprietari ke Kandungan Laman.

       7.1. Hak ke Isi Kandungan Laman. Semua isi kandungan yang tersedia dalam Laman dan Aplikasi Telefon Bimbit, termasuk tanpa had, reka bentuk, teks, tulisan blog, grafik, profil, mesej, nota, pengiklanan, penyenaraian, gambar, imej, video, bio, maklumat, ulasan, karya penulisan, permohonan, perisian, muzik, bunyi dan fail-fail lain, dan pemilihan serta penyusunan mereka (“Isi Kandungan Laman”) adalah harta hak milik persendirian MA atau pemegang lesennya dengan semua hak cipta terpelihara. Kecuali diterangkan secara nyata dalam Terma-terma, anda tidak boleh menyalin, mengubah, menterjemah, menerbit, menyiar, memindah, mengedar, mengguna, mempersembah, mengepos, memapar, membentuk, menghasil semula, menerbit semula, muat turun atau jual semua atau mana-mana bahagian daripada Isi Kandungan Laman, dalam apa-apa bentuk atau cara sekalipun, termasuk tetapi tidak terhad kepada, elektronik, mekanikal, fotostat, merekod, atau dengan cara lain, tanpa kebenaran bertulis daripada MA terlebih dahulu.

       7.2. Lesen. Pengguna Berdaftar Semasa diberikan satu lesen boleh batal yang terhad untuk Menggunakan Isi Kandungan Laman dan untuk muat turun atau mencetak satu salinan Isi Kandungan Laman di mana mereka mempunyai akses sepenuhnya untuk penggunaan peribadi, bukan kegunaan komersial, dengan syarat mereka menyimpan semua hak cipta atau notis hak milik yang lain secara utuh (“Lesen”). Anda tidak boleh muat naik atau menerbit semula Isi Kandungan Laman di mana-mana internet, intranet atau laman extranet, atau menggabungkan maklumat dalam mana-mana pangkalan data atau kompilasi yang lain, atau menerbit Isi Kandungan Laman dalam apa-apa bentuk atau format. Lesen tersebut tertakluk kepada Terma-terma ini dan tidak termasuk penggunaan mana-mana perlombongan data, robot atau pengumpulan data yang serupa dengannya atau kaedah pengekstrakan . Mana-mana Penggunaan Laman, App Telefon Bimbit atau Isi Kandungan Laman selain daripada kebenaran khusus dinyatakan di sini adalah dilarang sama sekali dan akan membatalkan Lesen. Penggunaan yang tidak dibenarkan ini akan melanggar undang-undang yang berkaitan termasuk undang-undang hak cipta dan tanda dagangan dan peraturan komunikasi. Kecuali diterangkan secara nyata di sini, mana-mana Penggunaan Isi Kandungan Laman adalah dilarang sama sekali. Melainkan dinyatakan di sini secara tak tersirat, tiada di dalam Terma-terma ini harus ditafsirkan sebagai memberikan apa-apa lesen untuk hak milik intelektual, samada melalui estopel, implikasi atau cara lain. Lesen ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja tanpa notis dan dengan atau tanpa sebab.

       7.3. Maklumat Pengguna. Apabila anda mendaftar dengan Laman, App Telefon Bimbit atau mana-mana laman MA yang lain, anda akan diminta untuk memberi maklumat peribadi tertentu seperti nama, alamat, nombor telefon, alamat emel, umur, jantina, maklumat korporat, testimoni, maklumat kad kredit atau debit, dan tarikh lahir (“Maklumat Peribadi”). Anda juga boleh memberikan maklumat tambahan seperti minat, hobi, pilihan gaya hidup, warna dan jenis kulit/rambut, wajah, penjagaan kulit dan tabiat serta masalah kecantikan, tabiat perbelanjaan, ahli kumpulan berkaitan (cth. sekolah), menyesuaikan muka surat Halaman utama mengikut citarasa anda, filem kegemaran, kumpulan muzik, artis, genre muzik, pelakon, sukan dan pasukan (“Maklumat Budi Bicara”). Semua Maklumat Peribadi dan Budi Bicara dianggap sebagai “Maklumat Pengguna Berdaftar” anda dan anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua maklumat sebegini. Anda memberikan persetujuan secara nyata kepada MA tentang penggunaan Maklumat Pengguna Berdaftar sepertimana yang dihuraikan di dalam Terma-terma ini dan Dasar Privasi kami.

       7.4. Hak untuk Guna Maklumat Pengguna Berdaftar. Anda membenarkan kami untuk membuat salinan Maklumat Pengguna Berdaftar anda mengikut keperluan kami untuk memudahkan penggunaan dan penyimpanannya. Anda juga memberi kami hak untuk menggunakan Maklumat Pengguna Berdaftar anda untuk menawarkan anda pengiklanan yang disasarkan, bahan promosi, paparan ubahsuai diri dan tinjauan dan untuk kaji selidik peribadi dan analisis data yang dilakukan oleh MA atau mana-mana rakan sekutunya atau untuk tujuan promosi lain atau pemasaran.

       7.5. Hak Cipta/Paten. Semua reka bentuk Laman dan App Telefon Bimbit, teks, grafik, pos, logo, butang ikon, imej, gambar, klip audio, klip video, muat turun digital Tanda MA (seperti yang dihuraikan di bawah), perisian dan kompilasi data dimiliki sepenuhnya dan secara eksklusif oleh MA atau para pembekalnya dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta atau paten A.S. dan antarabangsa. Kompilasi tersebut, “lihat dan rasa” dan skema warna bagi semua isi kandungan di Laman dan App Telefon Bimbit adalah harta eksklusif MA dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta A.S. dan antarabangsa.

       7.6. Cap Dagangan. “Market America,” “Lumière de Vie®”, logo Market America, “lumièredeVie.com”, “Built on Product, Powered by People® ,” semua produk dan nama perkhidmatan dan logo MA, "UnFranchise," dan semua grafik lain MA, pengepala halaman, butang ikon, logo, skrip dan semua tanda berdaftar dan tidak berdaftar dan nama perkhidmatan yang digunakan oleh MA adalah tanda perkhidmatan, nama dagangan, cap dagangan dan/atau rupa dagangan MA (secara kolektifnya “Tanda-tanda MA”). Anda tidak boleh menggunakan Tanda MA atas sebab apa atau tujuan sekalipun. Semua cap dagangan bukan milik MA yang dipaparkan di Laman adalah harta para pemilik masing-masing, yang mungkin atau mungkin tidak berkaitan dengan, berhubung dengan atau ditaja oleh MA.

  8. Pos Pengguna, Komen, dan Kandungan lain. Anda mengaku bahawa semua isi kandungan dan maklumat, perisian, gambar, video, teks, grafik, muzik, bunyi, soalan, cadangan kreatif, mesej, komen, maklum balas, idea, resipi, nota, lakaran, artikel dan bahan-bahan lain yang dipaparkan, yang diemel, atau dihantar dengan cara lain ke atau di laman web ini, samada dipos atas permintaan kami atau secara sukarela, samada dipos atas permintaan kami atau sukarela, dan samada dipos secara umum atau dihantar secara persendirian (secara kolektifnya, “Paparan”), adalah tanggungjawab sepenuhnya bagi orang yang membuat Paparan tersebut. Ini bermaksud bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua Paparan yang anda pos, emel atau menghantar melalui cara lain ke laman web ini. MA tidak mengawal pos yang dipaparkan, yang diemel atau dihantar dengan cara lain di laman web ini oleh orang lain dan, oleh yang sedemikian, kami tidak menjamin ketepatan, integriti atau kualiti paparan tersebut. Walaupun MA telah mengamalkan piawaian dan melaksanakan panduan untuk para pengguna di laman web ini (seperti yang dihuraikan di bawah), anda faham bahawa dengan menggunakan laman web ini, anda mungkin terdedah kepada Paparan yang melampau atau tidak menyenangkan. Dalam apa jua keadaan sekalipun kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa Pos (selain daripada isi kandungan yang dicipta oleh kami), termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ralat atau ketinggalan dalam apa-apa Pos, atau bagi apa-apa jenis kerugian atau kerosakan yang dihasilkan oleh penggunaan mana-mana Pos yang dipaparkan, diemel atau dihantar dengan cara lain atau melalui laman web ini. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan laman web ini (termasuk mana-mana Bilik Sembang atau Seksyen Komen) untuk:
    1. Muat naik, pos, emel atau menghantar dengan cara lain apa-apa Paparan atau bahan-bahan lain yang menyalahi undang-undang, merbahaya, mengancam, makian, mengganggu, tort, menyakitkan hati, memfitnah, kasar, lucah, mengganggu privasi orang lain, kebencian, atau bersifat perkauman, atau dengan cara lain memapar perkara yang sangat tidak menyenangkan (mengikut budi bicara mutlak kami);
    2. Membahayakan mereka yang di bawah umur dengan apa-apa cara;
    3. Menyamar sebagai mana-mana orang atau entiti, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengarah, pegawai, kakitangan, pemegang saham, ejen atau wakil MA, syarikat sekutunya atau mana-mana orang atau entiti lain, atau menyatakan secara palsu atau dengan cara sedemikian menggambarkan hubungan anda secara tidak sah dengan MA, syarikat sekutunya atau mana-mana orang atau entiti lain;
    4. Memalsukan tajuk atau memanipulasi pengenal pasti untuk menyembunyikan asal mana-mana Hantaran atau bahan-bahan lain yang dihantar ke atau melalui laman web;
    5. Muat naik, pos, emel atau dengan cara lain menghantar mana-mana Hantaran atau bahan lain yang anda tidak berhak untuk memuat naik, pos/menyiarkan, menghantar emel atau menghantarnya dengan cara lain di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah hubungan kontrak atau hubungan fidusiari (seperti maklumat orang dalam, maklumat proprietari dan sulit yang dipelajari atau didedahkan sebagai sebahagian daripada hubungan pekerjaan atau di bawah perjanjian ketakdedahan);
    6. Muat naik, menyiar, emel atau menghantar dengan cara lain mana-mana Hantaran atau bahan-bahan lain yang melanggar mana-mana paten, tanda dagangan, rahsia dagangan, hak cipta, hak privasi atau publisiti atau hak-hak proprietari bagi mana-mana pihak;
    7. Muat naik, menyiar, emel atau dengan cara lain menghantar apa-apa iklan yang tidak diminta atau tanpa kebenaran, bahan promosi, "mel remeh," "spam," "surat berantai," atau apa-apa bentuk usaha komersial lain, kecuali di kawasan tersebut, jika ada, yang direka khas untuk tujuan sebegini;
    8. Muat naik, menyiar, emel atau sebaliknya menghantar apa-apa Hantaran atau bahan lain yang mengandungi virus perisian atau kod komputer lain, fail atau program yang direka khas untuk mengganggu, menghapus atau menghadkan kefungsian mana-mana perisian komputer atau perkakasan atau peralatan telekomunikasi;
    9. Mengganggu aliran normal dialog, menyebabkan skrin untuk “menatal” dengan lebih cepat daripada pengguna lain di laman web ini yang boleh metaip, atau dengan cara lain bertindak dalam cara yang mempengaruhi keupayaan pengguna lain secara negatif untuk menggunakan mana-mana bahagian laman web ini;
    10. Mengusik dengan atau mengganggu laman web atau pelayan atau rangkaian yang berhubung ke laman web ini, atau mengingkari mana-mana permintaan, prosedur, dasar-dasar atau peraturan rangkaian yang dihubungkan ke laman web ini;
    11. Berniat atau tidak berniat untuk melanggar undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mana-mana peraturan yang berkuat kuasa dari segi undang-undang;
    12. “Menghendap” atau sebaliknya mengganggu pengguna lain atau kakitangan laman web; atau
    13. Mengumpul atau menyimpan data peribadi atau cubaan untuk mengumpul atau menyimpan data peribadi tentang pengguna lain di laman web ini.

    Keistimewaan anda untuk menggunakan laman web ini (termasuk mana-mana Bilik Bual atau Seksyen Komen) dan menyumbang kepada perbincangan di mana-mana Bilik Bual atau Seksyen Komen bergantung pada patuhan anda dengan piawaian dan panduan kelakuan seperti mana yang tertera di atas. MA boleh membatalkan keistimewaan anda untuk mengguna semua atau sebahagian daripada laman web ini dan/atau mengambil apa-apa tindakan yang bersesuaian untuk menguatkuasakan piawaian dan panduan kelakuan ini jika didapati berlakunya pelanggaran. Tambahan pula, jika anda gagal untuk mematuhi piawaian dan panduan kelakuan MA, MA boleh menamatkan, atas budi bicara mutlaknya, penggunaan laman web ini daripada anda.

    Semua Hantaran adalah terbuka dan bukan komunikasi tertutup. MA berhak untuk menyelia sebahagian, semua, atau tidak kawasan laman web ini ke atas piawaian dan panduan kelakuan sepertimana yang tertera seperti di atas atau apa-apa tujuan lain. Anda mengaku bahawa dengan memberikan anda keupayaan untuk mengedar Hantaran di mana-mana Bilik Bual atau Seksyen Komen, MA bertindak sebagai konduit pasif bagi pengedaran sebegini dan MA tidak akan memikul sebarang tanggungjawab atau liabiliti yang berkaitan dengan mana-mana Hantaran atau Komen. Walaupun MA berhak untuk memadamkan, tanpa notis, mana-mana Hantaran atas apa-apa sebab, MA tidak bertanggungjawab untuk memadam Hantaran yang anda rasa tidak menyenangkan atau ofensif.

  9. Pelepasan. Anda faham bahawa Hantaran boleh dihasilkan semula, disebar dan diguna oleh MA dan syarikat berhubung dengannya, syarikat sekutunya, serta subsidiari di seluruh dunia. Anda faham bahawa nama anda, testimoni, imej, dan bahan-bahan lain yang serupa dengannya mungkin diedar melalui pelbagai media, termasuk, tetapi tidak terhad kepada promosi atau bahan berita, internet atau laman web intranet, blog, laman media sosial, dan/atau emel, atau digunakan dalam apa jua acara yang dianjurkan oleh MA, tanpa sebarang kebenaran atau notis lanjut kepada anda. Anda lepas dan pegang MA dan sekutunya, para pegawai, para pengarah, kakitangan, wakil-wakil, para pengganti dan para petugas lepas daripada sebarang dan semua liabiliti untuk ganti rugi ke atas apa-apa jenis kerosakan yang mungkin berlaku pada bila-bila masa akibat daripada penggunaan atau penyebaran Hantaran anda. Anda faham bahawa anda tidak akan menerima apa-apa pampasan bagi Hantaran anda dan melepaskan segala hak, pampasan, royalti, atau pembayaran lain selama-lamanya berhubung dengan penggunaan Hantaran.
  10. Melindungi Hak Cipta / Hak Milik Intelektual. MA menghormati hak milik intelektual orang lain. Berikut adalah Notis dan Prosedur Untuk Membuat Tuntutan Pelanggaran Hak Cipta kami. Jika anda percaya bahawa karya anda telah disalin dalam cara yang telah melakukan pelanggaran hak cipta, sila berikan maklumat bertulis yang dinyatakan di bawah kepada ejen hak cipta MA. Prosedur ini agak eksklusif untuk memaklumkan MA bahawa bahan hak cipta anda telah dicabuli.
    • Sebuah tandatangan elektronik atau fizikal seorang individu yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta;
    • Sebuah huraian tentang karya hak cipta yang anda nyatakan telah dicabuli hak ciptanya;
    • Sebuah huraian tentang lokasi di Laman tentang bahan yang anda nyatakan ia telah dicabuli;
    • Alamat, nombor telefon, dan alamat emel anda;
    • Sebuah kenyataan daripada anda di mana anda percaya mutlak bahawa penggunaan yang dipertikaikan tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau di sisi undang-undang;
    • Sebuah kenyataan daripada anda, dibuat di bawah penalti sumpah bohong, bahawa maklumat di atas dalam notis anda adalah tepat dan anda adalah pemilik hak cipta atau diberi kebenaran untuk mengambil tindakan bagi pihak pemilik hak cipta.

    Notis untuk ejen MA bagi pelanggaran hak cipta boleh dihubungi seperti berikut:

    Copyright Administrator
    Market America, Inc.
    1302 Pleasant Ridge Road
    Greensboro, North Carolina 27409
    copyrights@marketamerica.com

  11. Harga. Kecuali dinyatakan sebaliknya, Harga item yang dipaparkan di Laman mewakili harga runcit penuh item. Walaupun kami telah cuba sedaya upaya, dari semasa ke semasa mungkin terdapat maklumat harga yang tidak tepat di Laman. Kami mempunyai hak untuk membetulkan sebarang keralatan, ketidaktepatan atau ketinggalan dan untuk mengubah atau mengemaskini maklumat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu (termasuk selepas anda telah menghantar pesanan anda). Jika harga sesuatu item didapati lebih tinggi daripada harga yang kami paparkan, kami akan, atas budi bicara kami, samada menghubungi anda untuk arahan sebelum penghantaran atau batal pesanan anda dan memaklumkan anda tentang pembatalan tersebut.
  12. Bayaran. Apabila anda membeli satu item daripada Laman, anda mesti memberikan satu nombor kad kredit atau debit yang sah. Anda mewakili dan menjamin bahawa anda adalah seorang pengguna kad kredit atau debit yang dibenarkan. Anda bertanggungjawab untuk pembayaran cukai berkaitan dan caj penghantaran dan pengendalian (yang akan dimasukkan ke dalam invois pesanan anda).
  13. Dasar Pemulangan. Dasar pemulangan MA boleh didapati di: https://my.lumieredevie.com/site/return-policy.
  14. Polisi Penghantaran. Polisi penghantaran MA boleh dijumpai di https://my.lumieredevie.com/site/shipping-policy.
  15. Risiko Kehilangan. Risiko kehilangan dan hak milik bagi semua item yang dibeli daripada Laman atau Aplikasi Telefon Bimbit diberi kepada anda apabila menghantar item kepada syarikat penghantar.
  16. Huraian Produk / Perkhidmatan. Kami telah cuba sedaya upaya untuk memberikan anda maklumat yang tepat, tetapi kami tidak menjamin bahawa huraian produk dan perkhidmatan, warna atau kandungan lain di Laman adalah tepat, lengkap, terkini atau bebas ralat. Kami mempunyai hak untuk membetulkan sebarang keralatan, ketidaktepatan atau ketinggalan dan untuk mengubah atau mengemaskini maklumat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu (termasuk selepas anda telah menghantar pesanan anda). Jika sesuatu produk yang ditawarkan di Laman tidak dihuraikan, anda boleh memulangkannya ke MA berdasarkan Dasar Pemulangan kami.
  17. Mata SHOP.

       17.1. Pelanggan Terpilih adalah didaftar secara automatik di dalam program Mata SHOP. Program ini membenarkan anda untuk mendapatkan 2% Mata SHOP untuk pembelian kelayakan anda. Mata SHOP dikira berdasarkan jumlah pembelian berkelayakan, tidak termasuk apa-apa dan semua bayaran, cukai, kos penghantaran, dan selepas penggunaan apa-apa kupon atau kod. Mata yang anda peroleh boleh digunakan untuk membayar produk-produk yang sedia ada melalui Laman.

       17.2. Pelanggan Terpilih akan dikreditkan, tertakluk kepada Terma-terma ini, satu peratus ke atas Pembelian Bersih bagi produk-produk berkelayakan yang memaparkan logo Mata SHOP. “Pembelian bersih” ditakrifkan sebagai jumlah amaun yang dibayar untuk produk, tolak cukai, pembungkusan hadiah, penghantaran, kredit promosi, pemulangan, pembatalan dan yuran transaksi. Kami berhak, mengikut budi bicaranya, untuk menentukan produk yang manakah akan memaparkan logo Mata SHOP.

       17.3. Ganjaran Mata SHOP bagi produk-produk berkeyakan akan dimasukkan ke akaun Mata SHOP anda dengan segera. Selepas proses ini, sekiranya pembelian tersebut layak, ia akan ditanda sebagai “tersedia” dalam akaun Mata SHOP anda dan ganjaran Mata SHOP yang berkaitan akan layak untuk penebusan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kami memaparkan ganjaran Mata SHOP yang betul ke dalam akaun anda.

       17.4. Pelarasan bagi Mata SHOP yang salah dikreditkan harus dilakukan di akaun Mata SHOP anda pada bila-bila masa oleh kami atas budi bicara kami. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana pelarasan yang dibuat kepada akaun anda, satu-satunya remedi anda adalah menarik diri daripada program Mata SHOP.

       17.5. Anda tidak akan memperoleh Mata SHOP atas pembelian di mana (a) pelayar anda tidak dikonfigurasikan untuk menerima kuki; (b) anda tidak log masuk sebagai Pelanggan Terpilih; (c) pesanan dibatalkan kemudian atau barang atau perkhidmatan dipulangkan kemudian; atau (d) anda menjalankan transaksi "palsu", memberi apa-apa gambaran yang salah berhubung dengan penyertaan anda dalam Mata SHOP, mengekalkan berbilang akaun Mata SHOP, atau sebaliknya tidak mematuhi Terma-terma ini.

       17.6. Kami mungkin menutup akaun Mata SHOP anda jika kami menamatkan Pendaftaran anda dan/atau menolak, mengehad, menggantung atau menamatkan Penggunaan anda terhadap semua atau sebehagian daripada Laman, jika anda menamatkan Pendaftaran anda, atau jika akaun Mata SHOP dalam status tidak aktif selama 12 bulan (iaitu, tiada pembelian berkelayakan dalam tempoh 12 bulan yang lepas). Ganjaran Mata SHOP terakru tetapi tidak ditebus dalam akaun Mata SHOP yang ditutup akan dipulangkan kepada kami.

       17.7. Kami berhak untuk menamatkan program Mata SHOP pada bila-bila masa sahaja dengan notis. Pemberitahuan penamatan akan dihantar ke alamat emel yang anda beri kepada kami semasa proses pendaftaran Pelanggan Terpilih.

       17.8. Kesemua penebusan Mata SHOP adalah muktamad.

  18. Dasar Privasi. Penggunaan Laman ini tertakluk kepada Dasar Privasi lumieredevie.com, yang digabungkan ke dalam Terma-terma melalui rujukan ini.
  19. Penafian.

       19.1. Para pengguna. MA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti, dan tidak membuat jaminan, secara nyata atau tersirat, terhadap kelakuan mana-mana Pengguna di Laman.

       19.2. Laman Web Pihak Ketiga. Laman mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. MA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti terhadap isi kandungan, kelengkapan, ketepatan atau pendapat yang dinyatakan di laman pihak ketiga tersebut. Pautan ke laman pihak ketiga tidak menandakan kebenaran atau pengendorsan , atau perjanjian dengan, isi kandungan laman oleh MA. Jika anda memilih untuk mengakses laman web pihak ketiga, anda boleh lakukannya dan menanggung risiko sendiri.

       19.3. Pengiklanan / Aplikasi Pihak Ketiga. MA tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti terhadap iklan pihak ketiga, atau aplikasi yang dipaparkan di atau melalui Laman, atau barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengiklannya.

       19.4. Site Availability. Ketersediaan Laman. Laman atau sebahagian daripadanya mungkin tidak tersedia dari semasa ke semasa untuk penyenggaraan atau sebab-sebab lain. MA tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti terhadap apa-apa keralatan, peninggalan, gangguan, kecacatan, penangguhan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau pemusnahan atau akses tanpa kebenaran ke, atau perubahan, mana-mana komunikasi Pengguna. MA tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa masalah atau kerosakan teknikal bagi mana-mana rangkaian, perkhidmatan atau talian telefon, sistem komputer, sistem dalam talian, pelayan atau penyedia, komputer, telefon bimbit atau peralatan lain, perisian, kegagalan mana-mana e-mel kerana masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di Internet atau di Laman atau gabungannya, termasuk apa-apa kecederaan atau kerosakan kepada Pengguna atau kepada mana-mana komputer, telefon bimbit, telefon pintar, tablet atau peralatan lain yang berkaitan dengan atau akibat Penggunaan Laman ini. Dalam apa juga keadaan sekalipun MA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung apa-apa kehilangan atau kerosakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kecederaan diri, kerosakan harta benda atau kematian, disebabkan OLEH PENGGUNAAN LAMAN OLEH SESIAPA, ATAU DARIPADA PERLAKUAN PARA PENGGUNA DI LAMAN.

       19.5. PENAFIAN WARANTI. LAMAN, APLIKASI TELEFON BIMBIT DAN ISI KANDUNGAN LAMAN DISEDIAKAN "MENGIKUT DASAR SEBAGAIMANA" DAN “APABILA TERSEDIA” TANPA WARANTI, SAMADA SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK SECARA TERSIRATNYA WARANTI HAK MILIK, KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN TIADA PELANGGARAN HAK. MA TIDAK MENJAMIN APA-APA JAWAPAN SPESIFIK DARIPADA PENGGUNAAN LAMAN ATAU APLIKASI TELEFON BIMBIT. MA TIDAK MEWAKILI ATAU MENJAMIN BAHAWA PERISIAN ATAU ISI KANDUNGAN LAMAN ADALAH TEPAT, LENGKAP, BOLEH DIPERCAYAI, TERKINI ATAU BEBAS RALAT ATAU BAHAWA LAMAN, APLIKASI TELEFON BIMBIT, PELAYAN, ATAU PLATFORM APLIKASI ADALAH BEBAS VIRUS, PERISIAN HASAD ATAU KOMPONEN LAIN YANG MEMBAHAYAKAN. ANDA AKUR, BAHAWA DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN ATAU APLIKASI TELEFON BIMBIT, YANG BERKAITAN, DI MANA ANDA MENANGGUNG RISIKO SENDIRI, ANDA JUGA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA KE ATAS SEMUA KOS YANG BERKAITAN DENGAN KEHILANGAN DATA DAN PERKHIDMATAN YANG BERKAITAN ATAU PEMBAIKAN KE ATAS APA-APA PERALATAN YANG DIGUNAKAN, DAN MA TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS APA-APA JENIS KEROSAKAN BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN LAMAN ATAU APLIKASI TELEFON BIMBIT OLEH ANDA. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGASINGAN WARANTI TERTENTU ATAU PEMBATASAN ATAU PENGASINGAN LIABILITI UNTUK KEROSAKAN. SEWAJARNYA, SESETENGAH DARIPADA PEMBATASAN DI ATAS DAN PENAFIAN MUNGKIN TIDAK TERKAIT KEPADA ANDA. SAMPAI KE SATU TAHAP KAMI MUNGKIN TIDAK, DARI SEGI HUKUMAN UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN, MENAFIKAN MANA-MANA WARANTI ATAU MENGHADKAN LIABILITI KAMI, SKOP DAN TEMPOH WARANTI TERSEBUT DAN SETAKAT MANA LIABILITI KAMI AKAN MENJADI TAHAP MINIMUM YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG SEDEMIKIAN.

  20. Pembatasan Liabiliti. DALAM APA-APA JUA KEADAAN SEKALI PUN, MA, PARA PENGARAHNYA, PARA PEGAWAI, KAKITANGAN-KAKITANGAN, PARA PEMEGANG SAHAM, PARA WAKIL ATAU PARA EJEN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA UNTUK APA-APA JENIS KEROSAKAN SECARA TIDAK LANGSUNG, KEROSAKAN LANJUTAN, GANTI-RUGI TELADAN, SAMPINGAN, KHAS ATAU PUNITIF, TERMASUK KEHILANGAN DATA ATAU KEROSAKAN KEHILANGAN UNTUNG AKIBAT DARIPADA PENGGUNAAN LAMAN OLEH ANDA ATAU ISI KANDUNGAN LAMAN WALAUPUN JIKA MA TELAH DINASIHATI TENTANG KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEROSAKAN SEBEGINI. WALAU APA PUN YANG BERTENTANGAN DENGAN ISI KANDUNGAN YANG TERTERA DI SINI, LIABILITI MA KEPADA ANDA ATAS SEBAB- SEBAB DAN TANPA MENGAMBIL KIRA APA-APA BENTUK TINDAKAN, PADA SETIAP MASA AKAN TERHAD KEPADA JUMLAH YANG DIBAYAR OLEH ANDA KEPADA MA UNTUK KEGUNAAN LAMAN ITU SAHAJA, JIKA ADA, SEMASA ANDA TERDAFTAR SEBAGAI SEORANG PENGGUNA LAMAN. ANDA AKUR BAHAWA JIKA ANDA TIDAK MEMBUAT PEMBAYARAN KEPADA MA BAGI PENGGUNAAN LAMAN, ANDA AKAN DIHADKAN UNTUK RELIEF INJUKSI SAHAJA, MELAINKAN SEBALIKNYA DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DAN TIDAK HARUS DIPERTANGGUNGJAWABKAN TERHADAP APA-APA JENIS KEROSAKAN DARIPADA MA, TANPA MENGAMBIL KIRA KUASA TINDAKAN.
  21. Kawalan Eksport A.S. Perisian tersedia yang berkaitan dengan Laman (“Perisian”) tertakluk kepada kawalan eksport Amerika Syarikat. Anda tidak boleh muat turun dari Laman atau dengan cara lain eksport atau eksport semula Perisian yang dilarang oleh undang-undang eksport A.S. Muat turun atau menggunakan Perisian dan tanggung risiko sendiri.
  22. Pertikaian. Terma-terma ini akan terpakai oleh, dan membentuk dengan mengikut undang-undang negeri North Carolina, tanpa mengambil kira pertikaiannya terhadap peruntukan undang-undang. Sebarang dan semua tindakan atau perbicaraan yang dihasilkan daripada atau berkaitan dengan Terma-terma ini, Laman atau Kandungan Laman, harus dibentuk dan dibuat litigasi di dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten di Guilford County, North Carolina. Anda dan MA di sini bersetuju untuk menghantar ke mahkamah bidang kuasa peribadi eksklusif yang terletak di Guilford County, North Carolina untuk menyelesai mana-mana pertikaian yang timbul daripada Terma-terma ini, Laman atau Isi Kandungan Laman. SETIAP PIHAK BAHAWASANYA TAHU, SECARA SUKARELA DAN SENGAJA MELEPASKAN APA-APA HAK YANG DIMILIKI KEPADA PERBICARAAN OLEH JURI BERKENAAN DENGAN MANA-MANA LITIGASI (TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA MANA-MANA DAKWAAN, TUNTUTAN BALAS, TUNTUTAN BERSILANG, ATAU TUNTUTAN PIHAK KETIGA) YANG TERHASIL, DI BAWAH ATAU BERHUBUNG DENGAN TERMA-TERMA INI. TAMBAHAN PULA, SETIAP PIHAK BERSAMA-SAMA MENGESAHKAN BAHAWA TIADA WAKIL ATAU EJEN ATAU MANA-MANA PIHAK YANG MEWAKILI, SECARA NYATA ATAU SEBALIKNYA, BAHAWA PIHAK TERSEBUT TIDAK AKAN MEMINTA UNTUK MENGUATKUASAKAN PELEPASAN HAK INI DI PERUNTUKAN PERBICARAAN JURI. SETIAP PIHAK MENGAKU BAHAWA SEKSYEN INI ADALAH BAHAN DORONGAN UNTUK PIHAK LAIN YANG MEMASUKI TERMA-TERMA INI.
  23. Larangan Kelas dan Tindakan Wakil dan Bantuan Bukan Individu. ANDA DAN MA BERSETUJU BAHAWA SETIAP DARIPADA KAMI HANYA BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN TERHADAP ANTARA SATU SAMA LAIN ATAS ASAS INDIVIDU, DAN BUKAN SEBAGAI SEORANG PLAINTIF ATAU AHLI KELAS DI MANA-MANA KELAS YANG SERUPA DENGANNYA ATAU TINDAKAN WAKIL ATAU PERBICARAAN. MELAINKAN KEDUA-DUA ANDA DAN MA BERSETUJU SEBEGINI, PIHAK MAHKAMAH TIDAK BOLEH MENGGABUNGKAN ATAU MENYAMBUNGKAN LEBIH DARIPADA TUNTUTAN SATU ORANG ATAU SATU PIHAK, DAN TIDAK BOLEH MEMPENGERUSIKAN APA-APA BENTUK PROSIDING GABUNGAN, WAKIL, ATAU KELAS. DAN JUGA, PIHAK MAHKAMAH MUNGKIN MEMBERIKAN RELIEF (TERMASUK KEWANGAN, INJUKTIF, DAN PERISYTIHARAN RELIEF) HANYA JIKA PIHAK INDIVIDU MEMINTA RELIEF DAN HANYA SEHINGGA TAHAP YANG DIPERLUKAN UNTUK MENAWARKAN RELIEF YANG DIPERLUKAN OLEH TUNTUTAN(-TUNTUTAN) PIHAK INDIVIDU TERSEBUT. SEBARANG PEMBERIAN RELIEF TIDAK BOLEH MEMPENGARUHI PENGGUNA-PENGGUNA LAIN DI LAMAN ITU.
  24. Ganti Rugi. Anda bersetuju untuk menghindar dan pegang lepas MA dan wakilnya, pegawai, pekerja, pengarah, ejen, dan pemegang serah haknya, atas perbelanjaan anda, daripada mana-mana dan semua kerugian, liabiliti, tuntutan, kerosakan, dakwaan, permintaan, tindakan dan/atau kos (termasuk tanpa mengehadkan bayaran dan kos peguam yang munasabah) yang dilakukan oleh mana-mana pihak ketiga yang timbul daripada atau berkaitan dengan a) tindakan atau ketidakgiatan anda; b) Penggunaan akaun oleh anda atau mana-mana orang lain; c) pelanggaran atau pencabulan Terma-terma ini oleh anda; d) pelanggaran perwakilan dan jaminan yang diterakan di dalam Terma-terma ini oleh anda; dan/atau e) Maklumat Pengguna Berdaftar yang diberikan oleh anda atau mana-mana orang melalui akaun anda.
  25. Lain-lain. Terma-terma ini, termasuk semua dokumen yang dirujukkan di sini, mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa, membentuk seluruh perjanjian di antara anda dan MA berkenaan dengan Penggunaan Laman tersebut. Kegagalan MA untuk mengambil tindakan atau menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan atas Terma-terma ini tidak harus dianggap sebagai penepian hak atau peruntukan tersebut. Tajuk-tajuk seksyen di Terma-terma ini adalah untuk kemudahan sahaja dan tiada kesan undang-undang atau kontraktual. Terma-terma ini beroperasi sepenuhnya sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang. Jika terdapat mana-mana peruntukan dalam Terma-terma ini adalah melanggari undang-undang, tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, peruntukan itu disifatkan sebagai boleh asing daripada Terma-terma ini dan tidak mempengaruhi kesahan dan penguatkuasaan bagi mana-mana peruntukan yang lain.

Sila hubungi kami di: unfranchiseservices@marketmalaysia.my jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang Terma-terma ini.

SAYA TELAH MEMBACA DAN BERSETUJU DENGAN SEMUA PERUNTUKAN YANG TERKANDUNG DALAM TERMA-TERMA INI.