Dasar Penghantaran ini hanya terpakai untuk produk dan jenama Market Malaysia yang dibeli melalui laman ini dan dihantar di dalam Malaysia.
Untuk layak menerima Penghantaran Percuma, pesanan mesti mengandungi produk-produk terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM390 selepas semua diskaun yang terpakai telah dikenakan (tidak termasuk bayaran yang lain). Semua pesanan yang mengandungi produk yang terpilih bernilai kurang daripada RM390 layak mendapat penghantaran Kadar Sama Rata bernilai RM18.87.
Yuran Penghantaran tambahan bernilai RM18.87 akan dikenakan bagi penghantaran pesanan ke Sarawak atau Sabah.
Semua item yang tidak terpilih akan dikenakan Kadar Penghantaran Standard bernilai RM18.87. Anda bertanggungjawab untuk memberi alamat yang lengkap dan tepat untuk penghantaran pesanan.
Penghantar kami tidak membuat penghantaran pada hujung minggu.
Semua pesanan yang dikembalikan kerana kegagalan penghantaran atau ditolak penghantarannya akan dikenakan Kadar Penghantaran Standard sekiranya penghantaran semula bagi pesanan tersebut dibuat. Kadar diskaun seperti yang dinyatakan sebelum ini tidak terpakai.
Kami berhak mengubah atau menghentikan kadar penghantaran seperti yang dinyatakan sebelum ini pada bila-bila masa.
Penghantaran Percuma mungkin tidak ditawarkan bersama kupon/promosi dan tawaran yang tertentu.