Dasar Privasi

November 21, 2018

Dasar Privasi ini digunakan di lumieredevie.com, yand dimiliki dan dikendalikan oleh Market America, Inc, dan Syarikat-syarikat sekutunya (termasuk tanpa had Market Malaysia Shop Sdn. Bhd; secara kolektifnya dirujuk sebagai "Market America”) dan boleh didapati di lumieredevie.com dan domain berkaitan langsung ("Laman”).

Kami menghargai kepercayaan yang anda letak ke atas Market America, dan kami berdedikasi untuk menghormati privasi dan keselamatan maklumat peribadi anda. Selanjutnya, kami komited dalam memperhatikan syarat-syarat dalam 2010 Akta Perlindungan Data Peribadi di Malaysia. Dasar privasi kami menerangkan maklumat yang kami kumpul dan cara bagaimana kami menggunakannya. Dengan menggunakan atau mengakses Laman ini, anda menerima amalan yang diterangkan di dalam Dasar Privasi ini.

Kami bekerjasama dengan Shop MA, Inc., SHOP.COM Marketplace, Inc., Lumiere de Vie®, LLC, Conquer Entertainment, Inc., UnFranchise® Business Services, LLC, Live Enterprise, LLC, ma Cares, nutraMetrix® Educational Institute, Market America Worldwide, Inc. dan setiap satu daripada pelbagai subsidiari dan syarikat sekutu mereka (secara kolektifnya “Syarikat Sekutu”) dan maklumat peribadi, teknikal dan budi bicara anda mungkin akan dikongsi dengan setiap satu daripada Syarikat Sekutu ini, mengikut budi bicara Market America, Inc. Atas sebab ini, sepanjang Terma ini, rujukan yang dibuat kepada “Market America” “MA” “Syarikat” dan “kami” secara kolektifnya merangkumi Market America, Inc., dan Syarikat Sekutunya. Laman ini berpangkalan di Amerika Syarikat.

Maklumat yang Kami Kumpul

Bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda, kami akan, dari semasa ke semasa, mengumpul maklumat tertentu daripada anda.

  1. Maklumat Peribadi. Maklumat yang kami kumpul mungkin termasuk, tidak terhad kepada, nama anda, alamat, nombor telefon, alamat emel, tabiat membeli, data peribadi (seperti jenis kulit anda, rutin penjagaan kulit, masalah penjagaan kulit, umur) maklumat korporat, testimoni, maklumat kad kredit dan tarikh lahir. Maklumat peribadi akan dikumpul pada masa yang berbeza termasuk, tanpa had, apabila anda:
    • Daftar sebagai Pelanggan Terpilih
    • Pesan atau pesan semula produk, perkhidmatan dan/atau kad hadiah melalui telefon atau Laman ini
    • Menulis emel atau surat kepada Market America
    • Mendaftar dalam atau guna untuk AutoShip
    • Menyertai Program Mata SHOP kami
    • Menghantar ulasan produk atau testimoni kepada Market America
    • Melengkapkan analisis penjagaan kulit
    • Memulangkan item atau membuat penukaran
    • Menyertai kaji selidik pasaran, promosi atau acara
    • Menghubungi khidmatan pelanggan atau jabatan maklumat produk kami
    • Navigasi laman web
    • Mendaftar di laman web kami
    • Pesan produk dan perkhidmatan daripada Kedai Stor Rakan kami
  2. Maklumat teknikal yang kami kumpul dan simpan secara automatik. Apabila anda melayari Laman ini, kami mungkin akan menyimpan beberapa atau semua perkara berikut: alamat Internet dari laman yang anda mengakses Laman tersebut, tarikh dan waktu anda melayari Laman tersebut, samada anda pelawat baru atau pelawat kembali semula, halaman yang anda keluar dari Laman tersebut, dari negara mana anda melayari Laman tersebut (lokasi rangkaian anda), alamat Internet bagi laman web yang menghubungkan anda dengan Laman tersebut, nama fail atau perkataan yang anda cari, item yang anda klik dalam halaman dan pelayar serta sistem kendalian yang digunakan.
  3. Kuki. Ditambah lagi, kami menyimpan maklumat tertentu daripada pelayar anda menggunakan kuki. Kuki adalah fail data kecil yang disimpan oleh pelayar web di dalam komputer anda. Kuki yang kami gunakan termasuk, tanpa had, sesi kuki ID dan kuki berulang.

Menggunakan Maklumat yang Kami Kumpul

Kami mahu menyediakan pengalaman internet sebaik mungkin untuk anda dan memenuhi pesanan anda sama sebagaimana yang anda mahukan. Ditambah lagi, kami mahu menjadikan pengalaman anda sebagai pelanggan Market America sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan. Untuk mencapai matlamat ini, kami akan mengumpulkan maklumat yang membolehkan kami untuk, tanpa had:

  1. Penggunaan Maklumat Peribadi
    • Memproses pesanan anda
    • Memadankan anda dengan Perunding Kedai yang paling sesuai dengan anda
    • Menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta
    • Bekerjasama dengan stor yang anda sering berbelanja
    • Menghantar tawaran promosi kepada anda
    • Mengenal pasti pilihan produk dan perkhidmatan yang anda suka
    • Menyesuaikan komunikasi kami dengan anda
    • Menyediakan maklumat tentang produk yang anda telah beli
    • Memperbaiki pilihan produk dan perkhidmatan pelanggan kami
    • Berkongsi testimoni positif produk anda dengan orang lain
    • Menjejak Mata SHOP anda
    • Termasuk nama anda, cerita, testimoni, dan gambar di penerbitan Market America dan pihak ketiga, risalah dan/atau media lain, di laman web yang dikendalikan oleh Market America, di laman web pihak ketiga, di media sosial dan blog Market America, di acara Market America, di CD dan DVD Market America, di mana-mana komunikasi Market America lain kepada Pemilik UnFranchise kami, Stor Rakan atau yang lain, atau melainkan berguna atau sesuai oleh Market America.
  2. Penggunaan Maklumat Teknikal. Maklumat ini digunakan untuk mengukur bilangan pelawat ke Laman tersebut dan bagi pelbagai seksyen Laman tersebut, peratusan lawatan yang datang daripada carian kata kunci tertentu, purata masa yang diluangkan oleh pelawat di Laman tersebut dan purata bilangan paparan halaman oleh pelawat tersebut. Juga boleh digunakan untuk mengenal pasti prestasi sistem atau bahagian yang bermasalah. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu kami membangunkan Laman tersebut, menganalisis corak penggunaan, dan menjadikan laman tersebut lebih bermanfaat. Maklumat ini tidak digunakan untuk menghubung terma atau corak carian bagi navigasi laman dengan pengguna individu. Laman akan memadamkan log di dalam laman webnya secara berkala. Kami menggunakan perkhidmatan analitik pihak ketiga untuk mengumpul dan menganalisis data ini, dan pada masa tertentu, kami mungkin memberikan maklumat ini kepada entiti pihak ketiga yang mempunyai kontrak bagi tujuan analisis trafik laman web lebih lanjut.
  3. Penggunaan Kuki. Kuki membolehkan kami mempertingkatkan, menyesuaikan dan menjejak pengalaman dalam talian anda, agar maklumat yang anda terima lebih relevan kepada anda. Teknologi ini akan membolehkan anda bergerak dengan lebih pantas melalui laman web kami selepas maklumat tersebut disimpan di dalam pangkalan data kami memandangkan anda tidak perlu masuk semula maklumat yang sama atau log masuk setiap kali anda masuk ke laman.

Maklumat yang Kami Kongsi dengan Pihak Lain dan Hak Privasi Anda

Market America tidak menjual, menyewakan atau memperdagangkan maklumat peribadi. Bagi memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan Pelanggan Terpilih kami, kami akan berkongsi maklumat pesanan anda, sesetengah maklumat peribadi anda dan maklumat tentang tabiat perbelanjaan anda dengan Pemilik UnFranchise Bebas Market America yang ditetapkan sebagai Perunding Kedai anda. Pemilik UnFranchise Bebas Market America wajib memperlakukan maklumat yang anda berikan dengan sulit.

Kami kongsi maklumat terhad tertentu dengan Stor Rakan yang anda sering beli. Ditambah lagi, kami mempunyai kontrak dengan syarikat lain untuk menyediakan perkhidmatan tertentu, termasuk pemprosesan kad kredit tanpa had, penasihat IT, pencetakan, penghantaran, perkhidmatan internet, e-dagang, perhubungan awam dan media. Kami berusaha sedaya-upaya menyediakan maklumat kepada syarikat-syarikat ini yang hanya diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan mereka. Umumnya, syarikat sedemikian dilarang berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja selain daripada Market America atau Pemilik UnFranchise Bebas.

Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mendedahkan maklumat terperinci di atas permintaan kerajaan, di atas perintah mahkamah, atau apabila dikehendaki oleh undang-undang untuk membuat demikian. Kami juga akan kongsi maklumat dengan syarikat-syarikat yang membantu dalam perlindungan palsu atau siasatan. Kami tidak menyediakan maklumat kepada agensi-agensi atau syarikat-syarikat ini untuk tujuan pemasaran atau perdagangan.

Cara Kami Menggunakan Emel

Apabila anda memberikan alamat emel anda kepada kami, anda mungkin akan menerima emel daripada kami atau daripada salah seorang Pemilik UnFranchise Bebas kami. Emel akan dihantar untuk membantu kami memproses pesanan anda, menjawab permintaan anda, menyediakan perkhidmatan pelanggan atau memaklumkan kepada anda tentang produk, perkhidmatan atau bahan promosi . Hasrat kami adalah untuk menghantar emel promosi kepada para individu yang mahu menerimanya sahaja. Kami menyediakan arahan cara untuk membatalkan langganan emel kami.

Pautan ke Laman Lain

Kami menyediakan pautan di laman web kami ke laman lain. Laman-laman ini beroperasi secara berasingan daripada Market America dan telah mendirikan dasar privasi dan keselamatan mereka sendiri. Kami menggalakkan anda untuk mengulas dasar-dasar ini di mana-mana laman yang anda lawati.

Mengemas Kini atau Mengulas Maklumat Anda

Anda boleh mengulas atau mengemas kini maklumat pelanggan atau Pelanggan Terpilih anda (nama, alamat, nombor telefon, alamat emel, nombor kad kredit, dll.) di bawah Akaun Anda.

Keselamatan

Market America berkomited untuk melindungi privasi maklumat peribadi anda. Hasrat kami adalah untuk melindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian maklumat yang telah kami ambil daripada anda. Kami menggunakan pelbagai teknologi semasa dan pemprosesan terkini untuk melindungi maklumat yang kami kumpul, dan kami mengehadkan maklumat yang kami berikan kepada pihak ketiga.

Apabila anda membuat pembelian atau menghantar dokumen di laman kami, maklumat transaksi anda dihantar dalam format yang selamat dan disulitkan.

Privasi Kanak-kanak di Laman Web Kami

Laman kami tidak bertujuan untuk digunakan oleh sesiapa di bawah umur 18 tahun. Kami tidak mengumpul secara sengaja maklumat peribadi daripada individu di bawah umur 18 tahun.

Persetujuan Anda

Dengan terus menggunakan Laman ini, anda memberi persetujuan kepada pengumpulan dan pengunaan maklumat peribadi anda sebagaimana yang diperincikan dalam dasar privasi ini.

Dasar Privasi, Terma Penggunaan, Notis dan Semakan

Penggunaan anda dalam Laman ini, dan apa-apa pertikaian yang timbul daripadanya, adalah tertakluk kepada Dasar Privasi ini dan juga Terma Perkhidmatan kami dan semua peruntukan penyelesaian pertikaiannya termasuk pembatasan bagi kerosakan dan pilihan undang-undang. Kami berhak untuk menukar Dasar Privasi dan Terma Perkhidmatan kami pada bila-bila masa. Semua perubahan dan penjelasan akan berkuatkuasa dengan serta merta, sebaik sahaja dipaparkan dalam Laman ini. Jika kami membuat perubahan, kami akan memaparkannya dan akan menyatakan tarikh penguatkuasaan baru bagi dasar ini. Kami menggalakkan anda untuk merujuk kepada dasar ini secara berterusan supaya anda faham tentang Dasar Privasi semasa kami. Polisi Privasi ini hanya tertakluk untuk lumieredevie.com sahaja. Sebarang maklumat yang anda beri kepada Market America di luar skop Laman ini, termasuk tanpa had, melalui marketamerica.com atau mana-mana laman Web bersekutu yang lain, laman web yang dimiliki atau dikendalikan, di suatu acara, melalui telefon, surat atau emel tidak tertakluk oleh Dasar Privasi ini.

Hubungi Kami

Kami senantiasa mengalu-alukan soalan dan maklum balas anda. Bagi isu berkaitan dengan privasi, sila hubungi kami di privacy@marketamerica.com.