Dasar Pemulangan

Kebanyakan item yang dibeli daripada Market Malaysia atau melalui lumieredevie.com boleh dipulangkan untuk bayaran balik. Anda berhak membatalkan/memulangkan pesanan ini dalam tempoh 180 hari daripada tarikh pesanan ("Tempoh Pembatalan") tanpa memberikan apa-apa sebab. Untuk menggunakan hak untuk membatal, anda mesti memaklumkan kami dengan secepat mungkin. Pesanan yang dibatalkan dalam Tempoh Pembatalan tertakluk kepada bayaran pemprosesan. Kami akan membuat bayaran balik dengan menggunakan cara pembayaran yang sama sebagaimana yang anda gunakan untuk membuat pesanan. Anda akan menanggung semua kos yang terlibat dalam pengembalian barang-barang.

Sila hubungi kami untuk Nombor Kebenaran Pemulangan (RA) sebelum memulangkan pembelian anda. Anda boleh menghubungi kami melalui emel di unfranchiseservices@marketmalaysia.my atau telefon kami di 03-2289 3388. Jika anda memulangkan satu pesanan tanpa Nombor RA, produk itu akan dikembalikan kepada anda pada kos anda.

Untuk mendapatkan bayaran balik ke atas item:

Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku semasa penghantaran semula ke pusat pemprosesan kami, jadi kami sangat menggalakkan anda untuk menginsuranskan bungkusan anda bagi nilai kandungan itu agar anda masih dapat menerima bayaran balik jika bungkusan itu hilang atau rosak dan kami tidak akan mengeluarkan bayaran balik atau penukaran untuk anda. Anda bertanggungjawab terhadap kos penghantaran bagi pemulangan itu, melainkan mendapat persetujuan daripada jabatan perkhidmatan pelanggan.