Juvenessence® (Ekstrak Rumpai Laut)
Ekstrak alga perang asli yang membantu melindungi kulit daripada tekanan oksidatif disebabkan oleh kesan alam sekitar dan menyokong fungsi perlindung kulit untuk mengekalkan kulit terhidrat. Agen dalam Juvenessence® membantu kulit rasa lebih anjal dan lembut. Ia mengurangkan penampilan penuaan kulit pramatang.
Sytenol® A (Bakuchiol)
Bakuchiol ialah bahan antipenuaan pelbagai fungsi yang menggalakkan kolagen dan elastin yang sihat dalam kulit serta membantu melindungi kulit daripada penuaan akibat stres. Bakuchiol juga boleh membantu menyokong fungsi pelindung kulit biasa untuk mengekalkan penghidratan kulit, melegakan kulit, dan menggalakkan pengeluaran sebum yang normal dan sihat supaya kulit kelihatan sihat.
Synovea® HR (Heksilresorsinol)
Bahan pencerahan kulit mujarab yang dibuktikan dapat mengurangkan kemunculan bintik hitam. Selain daripada manfaat pencerahan kulit, Synovea® HR membantu menyokong sistem antioksidan semula jadi kulit bagi melindungi kulit daripada tekanan oksidatif.
Tetraheksildesil Askorbat
Tetraheksildesil askorbat ialah vitamin C dalam bentuk lipid larut. Ia seperti vitamin C yang dilaporkan menggalakkan kolagen kulit sihat dan membantu mencerahkan kulit.
Skualin
Skualin ialah versi skualena berhidrogen. Skualena ialah cecair yang berminyak daripada minyak lain seperti minyak germa gandum, minyak zaitun, minyak bran beras dan banyak lagi. Skualena mempunyai manfaat pelembapan yang sangat baik dan berfungsi sebagai pelincir pada permukaan kulit untuk membantu kulit mengekalkan rupa yang licin dan halus.
Asetil Glukosamina
Asetil glukosamina ialah bahan penjagaan kulit pelbagai fungsi. Selain menggalakkan kulit sihat dan penghidratan, asid hialuronik dilaporkan dalam beberapa kajian dengan kebolehan mengurangkan kemunculan bintik hitam. Manfaat ini membantu ton kulit menjadi sekata dan menggalakkan kulit kelihatan lebih muda.
Kafein
Kafein mempunyai antioksidan dan sifat yang melegakan kulit yang boleh membantu melindungi kulit anda daripada tekanan oksidatif serta menjadikan kulit anda rasa segar.
Alantoin
Alantoin mengandungi agen antikerengsaan, yang membantu untuk membersihkan, melindungi dan menenangkan kulit anda.
Ekstrak Centella asiatica (Gotu Kola)
Ia juga dikenali sebagai gotu kola dan pegaga India, Centella asiatica ialah tumbuhan yang menjalar dan biasa dijumpai di India dan Asia Tenggara. Ia mengandungi beberapa bahan antioksidan dan digunakan dalam budaya Ayurvedic sejak bersibu-ribu tahun lagi.
Asetat Tokoferil (Vitamin E)
Vitamin E ialah sebatian daripada kumpulan yang dikenali sebagai tokoferol dan tokotrienol. Vitamin E dikenali dengan keupayaan antioksidan, melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas oksidatif.