Lumière de Vie® Renewal Hand & Body Crème (Astaxanthin) - Tiub Tunggal (141 g / 5.0 oz.)

RM269.00

5.38 (2%) Mata
[ Butiran ]

Produk ini layak mendapat diskaun kos penghantaran atau dihantar secara percuma.

Ketahui Lebih

Maklumat Produk

Apakah AstaReal® Astaxanthin bersama Dr. Karen Hecht?


Butiran


Untuk pemulihan badan yang serba lengkap, gunakan Lumière de Vie Renewal Hand & Body Crème, krim astaxantin memulih yang boleh mengekalkan kelembapan dan membantu menambahbaik tekstur kulit. Krim inovatif ini diformulasikan dengan AstaReal® (astaxantin) dan adunan unik lipid yang membantu melembap, menghidrat dan memberikan keserian kulit secara intensif. Diperkaya dengan mentega shea dan asid hialuronik untuk kemewahan unggul. Alami cara baharu dalam penjagaan kulit dengan Lumière de Vie Renewal Hand & Body Crème.

AstaReal® astaxantin adalah sejenis antioksidan menakjubkan yang membantu meningkatkan kesihatan dan keserian kulit wajah anda. Anda boleh meningkatkan manfaat Lumière de Vie Hand & Body Crème apabila mengambil suplemen kesihatan yang mengandungi AstaReal® astaxantin. Kami mempunyai jenama suplemen kesihatan berkaitan yang dapat memberikan kesan hebat ini: Choice™ Astaxanthin.** Ketahui lebih lanjut dan dapatkannya di my.shop.com!

*AstaReal® adalah satu hak dagangan berdaftar Fuji Chemical Industries Co., Ltd.

Faedah


  • Melembap dengan intensif untuk kulit segar terhidrat
  • Meratakan tekstur kulit untuk kejernihan wajah yang meningkatkan penampilan kulit
  • Ringan & pantas diserap
  • Diperkaya dengan mentega shea dan asid hialuronik
  • Haruman bunga mawar lembut
  • Bebas paraben

Soalan Lazim


Bagaimana cara untuk saya gunakan Lumière de Vie Renewal Hand & Body Crème?
Sapukan pada kulit kering yang bersih menggunakan gerakan bulat sehingga meresap sepenuhnya.

Kenapa Lumière de Vie Renewal Hand & Body Crème berwarna merah jambu?
Lumière de Vie Renewal Hand & Body Crème diformulasi dengan astaxantin iaitu berwarna merah. Kombinasi lapisan merah dan ramuan mesra kulit yang lain di dalam krim kami mencipta warna merah jambu.

Berapa kerapkah saya perlu menggunakan Lumière de Vie Renewal Hand & Body Crème?
Lumière de Vie Hand & Body Crème merupakan krim untuk badan dan tidak perlu digunakan dengan kerap seperti pelembap biasa. Kami menyarankan penggunaan sebanyak 2-4 kali seminggu atau sekerap yang diperlukan kulit anda!

Adakah normal untuk produk bertukar warna selepas seketika?
Ya, haba boleh menukar warna menjadi gelap selepas seketika. Kami menyarankan anda untuk menyimpan krim anda di tempat yang dingin dan kering selepas setiap penggunaan untuk memperlahankan proses perubahan warna.

Apakah saiz hidangan suplemen astaxantin yang perlu diambil untuk mendapatkan manfaat bersama kegunaan luar dan dalam?
Berdasarkan kajian klinikal, saiz hidangan yang disarankan adalah 4 mg setiap hari digabungkan bersama kegunaan luar pagi dan malam produk astaxantin topikal.**

Apakah suplemen Astaxantin yang disarankan untuk diambil bersama Lumière de Vie Renewal Hand & Body Crème?
Semestinya! Tersedia di my.shop.com, sebagai jenama bersama kami, kami menawarkan Choice™ Astaxanthin. Produk ini sesuai dengan Lumière de Vie Renewal Hand & Body Crème. Ketahui lebih lanjut dan berbelanja di my.shop.com!

Adakah Lumière de Vie Renewal Hand & Body Crème diuji ke atas haiwan?
Lumière de Vie tidak menjalankan atau mengarahkan ujian dilakukan pada haiwan untuk sebarang produk yang dilancarkan.

Bahan-bahan


Astaxantin (Ekstrak Haematococcus pluvialis)
Haematococcus pluvialis adalah mikroalga air tawar yang mengandungi astaxantin. Astaxantin telah dikaji dapat memberikan pelbagai fungsi namun paling dikenali atas kandungan antioksidan yang menakjubkan. Selain bertindak sebagai antioksidan, astaxantin dapat membantu melembap kulit apabila digunakan secara luaran dan apabila digabungkan bersama suplementasi pemakanan, astaxantin telah dikenalpasti dapat mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, membantu mengurangkan penampilan pigmentasi hitam dan membantu kulit kelihatan lebih licin.

Ceramosides HP (Glicosphingolipids + Glicolipid)
Adunan lipid yang unik ini mengandungi seramida dan asid lemak omega-3, -6, dan -9, kesemuanya merupakan komponen kulit. Lipid ini membantu menyokong kulit wajah, keserian, dan menyokong tona kulit yang lebih sekata.

Kaprilik/Kaprik Trigliserida
Kaprilik/Kaprik Trigliserida ialah bahan cecair yang diperbuat daripada asid lemak yang dijumpai dalam minyak kelapa dan gliserin. Ia diklasifikasikan sebagai emolien dan ejen perapi kulit oklusif. Oleh itu, kaprilik/trigliserida kaprik dapat melincirkan kulit, menjadikan ia kekal terasa lembut dan licin serta membantu melembapkan kulit dengan membentuk lapisan pada permukaan kulit untuk melambatkan proses kehilangan kelembapan.

Gliserin
Gliserin adalah satu bahan humektan perapi kulit yang membantu kulit kekal hidrat, membantu ia mengekalkan tampilan yang lembut dan licin.

Aqua/Water/Eau, Caprylic/Capric Triglyceride, Glycerin, Cetyl Alcohol, Coco-Caprylate/Caprate, Dicaprylyl Ether, Polyglyceryl-6 Distearate, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Microcrystalline Cellulose, Methyl Gluceth-20, Phenoxyethanol, Xanthan Gum, Cellulose Gum, Citric Acid, Ethylhexylglycerin, Glycolipids, Glycosphingolipids, Haematococcus Pluvialis Extract, Sodium Hyaluronate, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Fragrance (Parfum), Citronellol, Benzyl Benzoate, Linalool, Limonene, Alpha Isomethyl Ionone, Geraniol.

Ulasan


Ulasan Pelanggan
  • (1)
  • (0)
  • (0)
  • (0)
  • (0)

Memaparkan ulasan  1 - 1 daripada 1

pada

  • Penasihat Kedai

超好聞而且很保濕

有一股玫瑰清香,質地也剛好不會太厚或太水,非常喜歡

Gerak balas daripada Perkhidmatan Pelanggan:
December 23, 2020

親愛的 優惠顧客 您好 :
感謝您撥冗留下對 若美芙™紅妍保濕護手身體霜(蝦紅素) 的看法。我們很高興聽到您對該產品感到滿意。
超連鎖店主服務部