Lumière de Vie® Pink Jade Roller - Termasuk satu penggelek (roller)

RM70.00

1.40 Mata

Produk ini layak mendapat diskaun kos penghantaran atau dihantar secara percuma.

Ketahui Lebih

Maklumat Produk

Butiran


Butiran

Mengurut muka dengan kaedah penggelek bebuli ini menggunakan batu jed, juga diketahui umum sebagai batu untuk kekal muda, dan seni urutan yang menenangkan untuk merehatkan wajah. Gunakan alat ini untuk membantu memudahkan proses serapan bahan rawatan ke dalam kulit, juga untuk mengurangkan sembab, dan tanda-tanda penuaan yang terdapat pada wajah. Alat dua sisi ini boleh digunakan di semua bahagian muka dan leher untuk memaksimumkan rejimen penjagaan kulit harian anda. Tenangkan kulit anda dengan Lumiere de Vie Pink Jade Roller.

*Lumiere de Vie Pink Jade Roller diperbuat daripada batu semulajadi yang bernama Kuarza Mawar, yang tergolong dalam kategori batu jed. Nama batu jed merupakan nama am untuk batu permata semulajadi, yang termasuk batu-bata dengan warna dan bahan-bahan yang berbeza. Disebabkan penggelek diperbuat daripada bahan batu semulajadi ianya mungkin mengandungi ketidaksempurnaan yang kecil seperti retakan atau permukaan yang tidak serata.

Faedah


  • Terbaik digunakan bersama rejimen penjagaan kulit harian
  • Meluncur dengan lancar pada keseluruhan permukaan kulit
  • Aplikasi yang mudah dengan pemegang yang selesa
  • Dua batu yang berlainan saiz untuk kawasan muka yang berlainan
  • Saiz perjalanan yang sesuai di bawa ke mana-mana
Faedah

Soalan Lazim


Soalan Lazim

Bagaimanakah cara menggunakan Lumière de Vie Pink Jade Roller?
Setelah menyapukan krim rawatan yang diperlukan pada wajah, mulakan urutan dari bahagian tengah muka ke luar, ke bawah leher hingga ke garis bahu. Untuk hasil yang terbaik, gunakan batu yang lebih besar untuk permukaan kulit yang lebih luas, seperti pipi, dan batu kecil untuk kawasan kulit yang lebih halus, seperti di sekitar mata.

Berapa banyakkah penggelek bebuli yang saya akan dapat?
Anda akan menerima satu Lumière de Vie Pink Jade Roller. Setiap penggelek bebuli terdiri daripada dua batu; satu batu besar dan satu batu kecil.

Bolehkah Lumière de Vie Pink Jade Roller digunakan semula?
Ya, Pink Jade Roller mudah dibersihkan dan boleh disimpan untuk digunakan semula selepas setiap rawatan.

Bagaimana membersihkan Lumière de Vie Pink Jade Roller?
Sapukan alkohol pada kapas dan leretkan ke atas batu jed. Pastikan penggelek bebuli benar-benar kering sebelum aplikasi rawatan seterusnya. Adalah disyorkan untuk membersihkan produk ini setiap kali selepas penggunaan.

Adakah produk ini berfungsi untuk semua jenis kulit?
Ya! Lumière de Vie Pink Jade Roller ini dicipta untuk berfungsi dengan baik bagi semua jenis kulit.

Adakah Lumière de Vie Pink Jade Roller diuji pada haiwan?
Produk Lumière de Vie tidak dikaji atau diuji pada haiwan.

Ulasan


Tiada ulasan untuk produk ini buat masa ini.