Lumière de Vie® Brightening Kit - Termasuk Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid dan Super Crème

RM560.00 RM623.00

11.20 (2%) Mata

Produk ini layak mendapat diskaun kos penghantaran atau dihantar secara percuma.

Ketahui Lebih

Maklumat Produk

Butiran


Lumière de Vie Brightening Kit sesuai untuk semua jenis kulit dan ia menawarkan lebih 15 peratus dalam penjimatan runcit berbanding pembelian produk secara berasingan. Kit ini mengandungi Illuminating Fading Fluid dan Super Crème yang bertindak bersama untuk mengurangkan bintik hitam/penuaan, kemerahan dan hiperpigmentasi. Gabungan yang hebat ini juga membantu mencerahkan rupa kulit secara menyeluruh untuk kulit yang lebih berseri.

Faedah


  • Mengurangkan kemerahan, bintik hitam/penuaan dan hiperpigmentasi dengan ketara
  • Menyokong tona kulit yang kelihatan lebih sekata dengan membantu mengurangkan kemunculan kontur bintik hitam
  • Formula inovatif yang menggunakan Asid Traneksamik untuk mencerahkan dan memulihkan seri semula jadi kulit
  • Membantu mengurangkan pembentukan sebum (minyak) di samping memberikan kulit yang sihat dan sempurna
  • Melembapkan untuk memberi penampilan kulit yang lembut dan licin
  • Termasuk Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid dan Super Crème
  • Jimat hingga 15% berbanding pembelian produk secara individu

Soalan Lazim


Apakah manfaat yang akan saya peroleh dengan membeli Lumière de Vie Brightening Kit?
Lumière de Vie Brightening Kit direka untuk memberikan rawatan lengkap untuk kulit yang lebih cerah dan berseri. Kit ini mengandungi dua produk rawatan kulit yang disesuaikan untuk semua jenis kulit. Dengan 15 peratus penjimatan runcit, seseorang individu dapat merangsang rutin penjagaan kulit mereka bagi meminimumkan kemunculan tanda penuaan dan menghaluskan tona kulit serta memastikan kulit sentiasa terhidrat dan berseri.

Bagaimanakah saya menggunakan produk dalam Lumière de Vie Brightening Kit?
Sapukan Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid pada wajah di sebelah pagi atau petang, selepas membersihkan dan menyegarkan wajah menggunakan Pembersih Wajah dan Toner Lumière de Vie. Biarkan cecair menyerap sepenuhnya ke dalam kulit sebelum menyapu Lumière de Vie Serum Concentrate (pagi dan malam). Sapu Lumière de Vie Super Crème pada seluruh wajah anda selepas menggunakan Serum Concentrate dan sebelum menggunakan Intense Rejuvenation Crème. Super Crème ini juga boleh digunakan sebagai rawatan bintik bagi mengurangkan kemunculan bintik hitam dan hiperpigmentasi.

Adakah saya akan melihat hasilnya dengan serta-merta?
Illuminating Fading Fluid dan Super Crème daripada Lumière de Vie Radiance Kit dirumuskan untuk membantu mengurangkan bintik hitam dan menggalakkan kulit yang kelihatan lebih muda dengan penggunaan harian.

Adakah saya perlu menggunakannya pada setiap pagi dan malam?
Ya, untuk hasil yang optimum, anda perlu menggunakan Lumière de Vie Radiance Kit pada waktu pagi dan petang. Jika berlaku sensitiviti kulit, kurangkan penggunaannya kepada sekali sehari.

Adakah Lumière de Vie Brightening Kit  diuji pada haiwan?
Lumière de Vie tidak menjalankan atau mengarahkan ujian dilakukan pada haiwan untuk sebarang produk yang dilancarkan.

Bahan-bahan


Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid:
Illumiscin
Kombinasi ekstrak daun buah zaitun, vitamin C terstabil (askorbil glukosida) dan PCA zink yang mengurangkan kemunculan bintik hitam dan penuaan. Ia turut menggalakkan tona kulit yang sekata dengan mengurangkan kontur bintik hitam untuk memberi kulit anda seri wajah yang sihat.

Synovea HR (Heksilresorsinol)
Bahan pencerahan kulit poten yang terbukti dapat mengurangkan kemunculan bintik hitam. Selain daripada manfaat pencerahan kulit, Synovea HR membantu menyokong sistem antioksidan semula jadi kulit bagi melindungi kulit daripada tekanan oksidatif.

Asetil Glukosamina
Asetil glukosamina adalah bahan penjagaan kulit pelbagai fungsi. Selain menggalakkan kulit sihat dan penghidratan, asid hialuronik dilaporkan dalam beberapa kajian dengan kebolehan mengurangkan kemunculan bintik hitam. Manfaat ini membantu tona kulit menjadi sekata dan menggalakkan kulit kelihatan lebih muda.

Alantoin
Alantoin mengandungi agen antikerengsaan, yang membantu untuk melindungi dan menenangkan kulit anda, menjadikannya lebih lembut dan licin.

Lumière de Vie Super Crème:
Asid Traneksamik
Asid Traneksamik adalah terbitan sintetik lisina asid amino dan asid ini dikelaskan sebagai agen perapian kulit. Asid Traneksamik juga mengandungi agen pencerahan kulit yang membantu mengurangkan kemunculan bintik hitam untuk penampilan kulit yang lebih sekata.

Kalium Azeloil Diglisinat
Kalium Azelol Diglisinat adalah bahan perapian kulit yang terhasil daripada kombinasi asid azelaik dan glisina asid amino. Kalium Azelol Diglisinat membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan kemunculan bintik hitam untuk penampilan kulit yang lebih berseri.

Kompleks Lembapan Tinggi (Gliserin & Air & Natrium PCA & Urea & Trehalosa & Triasetin & Polikuaternium-51 & Natrium Hialuronat)
Campuran bahan ini memberikan penghidratan kulit yang cepat dan untuk jangka masa panjang serta membantu kulit kelihatan lembut dan licin.

Ulasan


Tiada ulasan untuk produk ini buat masa ini.