Lumière de Vie® Skincare Value Kit - Mengandungi pembersih wajah, toner dan pelembap

RM516.80 RM544.00

10.88 (2%) Mata
[ Butiran ]

Produk ini layak mendapat diskaun kos penghantaran atau dihantar secara percuma.

Ketahui Lebih

Maklumat Produk

Butiran


Lumière de Vie Skincare Value Kit sesuai untuk semua jenis kulit dan ia menawarkan lebih 20 peratus dalam penjimatan runcit berbanding pembelian produk secara berasingan. Lumière de Vie Skincare Value Kit mengandungi pembersih wajah, toner dan pelembap yang bekerjasama untuk membersihkan kotoran di samping mengurangkan rupa kulit kasar dan kering serta memberikan penghidratan maksimum untuk kulit yang sihat. Kit ini menyediakan amalan asas bagi penjagaan kulit yang lengkap.

Lumière de Vie Facial Cleanser adalah pembersih yang berkuasa yang melembapkan kulit semasa membersih, selain menyegarkan dan mencergaskan kulit. Rupa kulit kasar dan kering jelas berkurangan, lalu menjadikan kulit lebih licin dan halus.

Lumière de Vie Toner adalah toner intensif yang menyokong kulit yang berseri dengan menggalakkan penghidratan kulit yang sihat. Ia membantu mengurangkan rupa kulit yang kering dan kasar kepada kulit yang lembut dan licin secara berkesan. Kemunculan garisan halus dan kedut dapat dikurangkan serta ia membantu mengekalkan keseimbangan kulit yang sihat.

Lumière de Vie Intense Rejuvenation Crème merupakan rawatan intensif penghidratan tinggi yang dibangunkan untuk kulit yang stres pada tahap kronik. Krim ini direka untuk berfungsi dalam proses pemulihan kulit. Rumusan penyerapan pantas dan ultra kaya ini dirumuskan khas untuk mengurangkan garisan halus, kedutan dan tanda penuaan yang timbul kerana ia meningkatkan seri dan menambahkan ketegangan kulit.

Faedah


Lumière de Vie Facial Cleanser

  • Membersihkan kulit dengan mendalam, lalu menjadikan kulit rasa segar dan cergas.
  • Membantu melembapkan kulit.
  • Membantu mengurangkan rupa kulit yang kasar dan kering,lalu menjadikan ia kelihatan lebih lembut dan licin.

Lumière de Vie Toner

  • Membantu mengurangkan rupa kulit yang kasar dan kering, lalu menjadikannya kelihatan lebih halus dan lembut.
  • Membantu mengurangkan kemunculan garisan halus dan kedut agar kulit tampak lebih anjal.
  • Menyokong penghidratan kulit yang sihat, agar kulit kelihatan lebih muda dan berseri.
  • Mengelupas kulit untuk membersih pori dan membuang kotoran dan lebihan minyak.

Lumière de Vie Intense Rejuvenation Crème

  • Menggalakkan kolagen yang normal dan sihat serta elastin dalam kulit untuk mengekalkan kulit yang gebu dan kelihatan muda.
  • Membantu meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit, serta mengekalkan kelembapan kulit.
  • Membantu mengurangkan kedut yang timbul untuk penampilan yang lebih licin dan muda.
  • Melegakan kulit dengan membantu mengurangkan kemerah-merahan dan menggalakkan ton kulit yang sekata dan berseri.
  • Membantu mengurangkan bintik hitam yang timbul untuk kulit yang lebih cerah.
  • Menghidrat kulit dengan lipid penting dan bahan pelembapan yang lain untuk kulit yang lebih halus dan lembut.

Soalan Lazim


Apakah manfaat yang akan saya peroleh dengan membeli Lumière de Vie Skincare Value Kit?
Lumière de Vie Skincare Value Kit direka untuk memberikan amalan asas penjagaan kulit yang lengkap. Kit ini mengandungi pembersih wajah, toner dan pelembap yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan semua jenis kulit. Dengan penjimatan runcit lebih daripada 20 peratus, seseorang individu dapat memulakan amalan penjagaan kulit yang akan membersihkan kotoran pada kulit mereka, mengekalkan keseimbangan semula jadinya dan kekal terhidrat serta berseri.

Bagaimana saya menggunakan produk dalam Lumière de Vie Skincare Value Kit?
Bersihkan wajah dengan meletakkan Lumière de Vie Facial Cleansersebesar syiling sepuluh sen pada tapak tangan dan urut dalam gerakan memusing di bahagian muka dan leher yang basah. Bilas dengan air atau kain basah. Ulang pada waktu pagi dan malam. Kemudian, sapu sejumlah kecil Lumière de Vie Toner menggunakan pad kapas pada kulit yang telah dibersihkan. Urut perlahan-lahan pada kulit muka dan leher menggunakan hujung jari, elakkan kawasan mata. Biarkan ia meresap. Ulang pada waktu pagi dan malam. Akhir sekali, urut sejumlah Lumière de Vie Intense Rejuvenation Crème yang mencukupi dengan perlahan-lahan pada muka dan atas garisan rahang, elakkan kawasan mata, dengan gerakan lembut yang menghala ke atas. Ulang pada waktu pagi dan malam.

Apakah kepentingan mengikuti amalan asas penjagaan kulit?
Mengikuti amalan asas penjagaan kulit (pembersih wajah, toner dan pelembap) adalah penting bagi mengekalkan kulit yang seimbang dan sihat. Jika kulit terlalu kering, ia akan menghasilkan sebum (minyak), menjadikan kulit berminyak atau kombinasi. Jika kulit terlalu berminyak, ia akan menyebabkan pertumbuhan kelompok jerawat yang tidak diingini dan pori yang lebih besar akan tampil lebih jelas. Langkah membersih, menyegar dan melembapkan kulit adalah penting supaya kulit dapat mengekalkan keseimbangan yang optimum.

Mengapa kulit saya sangat kering?
Seiring dengan peningkatan usia, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesihatan kulit kita, terutamanya pengurangan kadar ganti epidermis dan penghasilan sebum. Keadaan ini menyebabkan kulit kurang menghasilkan minyak dan menjadi lebih kering. Lumière de Vie Intense Rejuvenation Crème merupakan rumusan ultra kaya yang menghidratkan kulit untuk tampak lebih lembut, lebih tegang dan lebih muda.

Bahan-bahan


Lumière de Vie Facial Cleanser:
Pantenol
Pantenol ialah prekursor (provitamin) kepada vitamin B5. Ia berfungsi sama seperti vitamin B5 dan boleh diubah kepada vitamin B5 dalam kulit. Pantenol dilaporkan membantu mengekalkan fungsi pelindung semula jadi kulit dan seterusnya mengekalkan kulit yang terhidrat. Tambahan lagi, pantenol dicadangkan untuk membantu mencerahkan kulit dan mengekalkan ton kulit sekata.

Alantoin

Alantoin mengandungi agen antikerengsaan, yang membantu untuk melindungi dan melegakan kulit anda serta menjadikannya rasa lebih licin dan lembut.

Lumière de Vie Toner:
Asid Laktik
Asid laktik merupakan satu daripada asid hidroksi alfa. Asid laktik dan asid hidroksi alfa lain terkenal sebagai pengelupas yang berkesan yang membantu membuang sel kulit mati daripada permukaan kulit.

Alantoin

Alantoin mengandungi agen antikerengsaan, yang membantu untuk melindungi dan melegakan kulit anda serta menjadikannya rasa lebih licin dan lembut.

Lumière de Vie Intense Rejuvenation Crème:
Matrixyl synthe’6™
Matrixyl synthe’6™ merupakan bahan peptida canggih yang membantu untuk mencapai sokongan kulit dan penghidratan yang optimum. Ia juga mengurangkan kedut yang timbul pada dahi dan di sekeliling mata dengan kesan yang luar biasa.

Sytenol® A (Bakuchiol)
Bakuchiol ialah bahan antipenuaan pelbagai fungsi yang menggalakkan kolagen sihat dan elastin dalam kulit. Ia membantu melindungi kulit daripada kesan penuaan yang disebabkan oleh stres. Bakuchiol juga boleh membantu menyokong fungsi pelindung kulit biasa untuk mengekalkan penghidratan kulit, melegakan kulit, dan menggalakkan pengeluaran sebum yang normal dan sihat supaya kulit kelihatan sihat.

GranactiveAR-1423
Sebatian asli daripada teh merah dan hijau untuk perlindungan antioksidan, boswellia dan madu untuk melegakan kulit. Ia juga mengandungi peptida canggih (tetrapeptida-14) untuk mengurangkan kemerah-merahan yang menjadikan ton kulit lebih berseri dan sekata.

Gliserin
Gliserin merupakan bahan yang wujud secara semula jadi yang membantu mengimbangkan tahap air dalam kulit untuk memudahkan lembapan. Ini juga bermaksud, gliserin menarik air ke dalam kulit dan membantu kulit rasa lebih licin dan lembut.

Asetil Glukosamina
Asetil glukosamina ialah bahan penjagaan kulit pelbagai fungsi. Selain menggalakkan kulit sihat dan penghidratan, asid hialuronik dilaporkan dalam beberapa kajian dengan kebolehan mengurangkan kemunculan bintik hitam. Manfaat ini membantu ton kulit menjadi sekata dan menggalakkan kulit kelihatan lebih muda.

Natrium Hialuronat
Pelembap dan pelincir penting yang didapati secara semula jadi dalam kulit kita. Asid hialuronik memberi penghidratan luar biasa dalam jangka panjang dengan keupayaannya untuk menyimpan sehingga 1,000 kali beratnya di dalam air. Natrium hialuronat ini membantu menggalakkan keanjalan dan kelenturan kulit yang sihat.

Tokoferil Asetat (Vitamin E)
Vitamin E merupakan satu kumpulan sebatian yang berkaitan, dikenali sebagai tokoferol dan tokotrienol. Vitamin E terkenal dengan keupayaan antioksidan, lalu melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas oksidatif.

Ulasan


Ulasan Pelanggan
  • (9)
  • (1)
  • (0)
  • (0)
  • (0)

Memaparkan ulasan  1 - 5 daripada 10

pada

save and good to use

I ve use this for 2nd set as price save and product suitable for my skin type.

pada

  • Penasihat Kedai

超值得!

便宜+实用!

pada

  • Penasihat Kedai

亮白聖品啊!!

雖然只有簡單的3瓶,卻可以讓皮膚亮白、保濕,每天早上起床都會忍不住讚嘆啊!!

pada

保湿100分

我是敏感肌,一直困扰什么产品适合自己。一开始也很担心若美芙不适合,但是用了之后我就爱上它了。非常保湿,让我有水润的肌肤。

pada

  • Penasihat Kedai

若美芙亮顏超值組

用若美芙質地輕柔又細膩,值得推薦全家人一起使用。