Lumière de Vie® Toner - Botol Tunggal (198 ml / 6.7 fl. oz.)

RM159.00

3.18 Mata

Produk ini layak mendapat diskaun kos penghantaran atau dihantar secara percuma.

Ketahui Lebih

Maklumat Produk

Butiran


Lumière de Vie Toner adalah toner intensif yang menyokong rupa kulit yang berseri dengan menggalakkan penghidratan kulit yang sihat. Ia membantu mengurangkan rupa kulit yang kering dan kasar kepada kulit yang lembut dan licin secara berkesan. Kemunculan garisan halus dan kedut dapat dikurangkan serta ia membantu mengekalkan keseimbangan kulit yang sihat.

Faedah


  • Membantu mengurangkan rupa kulit yang kasar dan kering, lalu menjadikannya kelihatan lebih halus dan lembut.
  • Membantu mengurangkan kemunculan garisan halus dan kedut untuk kulit tampak lebih anjal.
  • Menyokong penghidratan kulit yang sihat, agar kulit kelihatan lebih muda dan berseri.
  • Mengelupas kulit untuk membersih pori dan membuang kotoran dan lebihan minyak.

Soalan Lazim


Bagaimana saya dapat menggunakan Lumière de Vie Toner?
Sapukan Lumière de Vie Toner pada kulit yang telah dibersihkan menggunakan pad kapas. Kemudian, urut dengan perlahan di bahagian wajah dan leher dalam gerakan memusing menggunakan hujung jari anda. Biarkan toner menyerap ke dalam kulit sebelum menggunakan rawatan atau pelembap. Ikuti dengan Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid (pagi atau malam), Lumière de Vie Serum Concentrate (pagi dan malam), dan Lumière de Vie Intense Rejuvenation Crème (pagi dan malam) untuk hasil terbaik.

Kulit saya sensitif. Adakah produk ini menyakitkan?
Lumière de Vie Toner sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak sepatutnya menyebabkan kerengsaan. Walau bagaimanapun, kulit setiap orang mempunyai tahap sensitif yang berbeza.

Bila saya patut menggunakan Lumière de Vie Toner?
Lumière de Vie Toner patut digunakan pada waktu pagi dan malam selepas mencuci muka. Ia membantu membuang kotoran dan minyak berlebihan serta mengekalkan penghidratan kulit.

Mengapa saya patut menggunakan toner?
Penggunaan toner adalah langkah kedua dalam proses pembersihan wajah. Penggunaan toner dapat membantu membuang minyak berlebihan dan kulit mati yang masih lagi tertinggal pada permukaan wajah selepas dicuci. Toner juga boleh membantu rawatan kulit yang lain dan pelembap menyerap dengan lebih berkesan. Penggunaan toner juga dapat membantu mewujudkan keseimbangan kulit yang sihat.

Bagaimana toner berbeza daripada pembersih?
Membersihkan wajah dengan membuang debu, minyak, kotoran dan bahan cemar daripada permukaan kulit. Menyegarkan wajah dengan membantu membuang minyak berlebihan dan kotoran yang ada pada bahagian dalam kulit dengan mengelupas kulit secara perlahan-lahan. Kedua-dua fungsi pembersihan dan penyegaran membantu menyediakan kulit untuk rawatan kulit dan pelembap.

Bahan-bahan


Asid Laktik
Asid laktik adalah satu daripada asid hidroksi alfa. Asid laktik dan asid hidroksi alfa lain terkenal sebagai pengelupas yang berkesan yang membantu membuang sel kulit mati daripada permukaan kulit.

Alantoin
Alantoin mengandungi bahan antikerengsaan, yang membantu untuk membersihkan, melindungi dan melegakan kulit anda, lalu menjadikannya rasa lebih lembut dan licin.

Ulasan


Tiada ulasan untuk produk ini buat masa ini.