Lumière de Vie Facial Cleanser:
Pantenol
Pantenol ialah prekursor (provitamin) kepada vitamin B5. Ia berfungsi sama seperti vitamin B5 dan boleh diubah kepada vitamin B5 dalam kulit. Pantenol dilaporkan membantu mengekalkan fungsi pelindung semula jadi kulit dan seterusnya mengekalkan kulit yang terhidrat. Tambahan lagi, pantenol dicadangkan untuk membantu mencerahkan kulit dan mengekalkan ton kulit sekata.
Alantoin
Alantoin mengandungi agen antikerengsaan, yang membantu untuk melindungi dan melegakan kulit anda serta menjadikannya rasa lebih licin dan lembut.
Lumière de Vie Toner:
Asid Laktik
Asid laktik merupakan satu daripada asid hidroksi alfa. Asid laktik dan asid hidroksi alfa lain terkenal sebagai pengelupas yang berkesan yang membantu membuang sel kulit mati daripada permukaan kulit.
Alantoin
Alantoin mengandungi agen antikerengsaan, yang membantu untuk melindungi dan melegakan kulit anda serta menjadikannya rasa lebih licin dan lembut.
Lumière de Vie Intense Rejuvenation Crème:
Matrixyl synthe’6™
Matrixyl synthe’6™ merupakan bahan peptida canggih yang membantu untuk mencapai sokongan kulit dan penghidratan yang optimum. Ia juga mengurangkan kedut yang timbul pada dahi dan di sekeliling mata dengan kesan yang luar biasa.
Sytenol® A (Bakuchiol)
Bakuchiol ialah bahan antipenuaan pelbagai fungsi yang menggalakkan kolagen sihat dan elastin dalam kulit. Ia membantu melindungi kulit daripada kesan penuaan yang disebabkan oleh stres. Bakuchiol juga boleh membantu menyokong fungsi pelindung kulit biasa untuk mengekalkan penghidratan kulit, melegakan kulit, dan menggalakkan pengeluaran sebum yang normal dan sihat supaya kulit kelihatan sihat.
GranactiveAR-1423
Sebatian asli daripada teh merah dan hijau untuk perlindungan antioksidan, boswellia dan madu untuk melegakan kulit. Ia juga mengandungi peptida canggih (tetrapeptida-14) untuk mengurangkan kemerah-merahan yang menjadikan ton kulit lebih berseri dan sekata.
Gliserin
Gliserin merupakan bahan yang wujud secara semula jadi yang membantu mengimbangkan tahap air dalam kulit untuk memudahkan lembapan. Ini juga bermaksud, gliserin menarik air ke dalam kulit dan membantu kulit rasa lebih licin dan lembut.
Asetil Glukosamina
Asetil glukosamina ialah bahan penjagaan kulit pelbagai fungsi. Selain menggalakkan kulit sihat dan penghidratan, asid hialuronik dilaporkan dalam beberapa kajian dengan kebolehan mengurangkan kemunculan bintik hitam. Manfaat ini membantu ton kulit menjadi sekata dan menggalakkan kulit kelihatan lebih muda.
Natrium Hialuronat
Pelembap dan pelincir penting yang didapati secara semula jadi dalam kulit kita. Asid hialuronik memberi penghidratan luar biasa dalam jangka panjang dengan keupayaannya untuk menyimpan sehingga 1,000 kali beratnya di dalam air. Natrium hialuronat ini membantu menggalakkan keanjalan dan kelenturan kulit yang sihat.
Tokoferil Asetat (Vitamin E)
Vitamin E merupakan satu kumpulan sebatian yang berkaitan, dikenali sebagai tokoferol dan tokotrienol. Vitamin E terkenal dengan keupayaan antioksidan, lalu melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas oksidatif.