Lumière de Vie® Needle-Free Serum - Botol Tunggal (30 ml / 1 fl. oz.)

RM441.00

8.82 Mata

Produk ini layak mendapat diskaun kos penghantaran atau dihantar secara percuma.

Ketahui Lebih

Maklumat Produk

Butiran


Serum Bebas Jarum Lumière de Vie memberi penampilan kulit tegang dengan serta-merta tanpa jarum dan perbelanjaan yang banyak. Serum yang lembut, ringan dan pekat ini memberi kesan penegangan sambil menghidratkan dan melegakan kulit lembut. Ada lagi! Serum Bebas Jarum juga memperbaiki garisan halus dan kedut yang timbul dan menyerlahkan kulit yang lebih lembut, tegang dan gebu. Memberi rangsangan kepada rutin kecantikan anda.

Faedah


Membantu kulit kelihatan anjal
Mengurangkan kedut yang timbul
Memberi kesan penegangan segera untuk kulit kelihatan tegang
Membantu melegakan kulit lembut
Menghidrat kulit supaya ia kelihatan lebih lembut dan lebih gebu

Soalan Lazim


Bagaimana saya dapat menggunakan Serum Bebas Jarum Lumière De Vie?
Gunakan serum sebesar syiling sepuluh sen pada bahagian muka dan leher yang baru dibersihkan sebanyak sekali atau dua kali sehari selepas menggunakan Cecair Penghilang Iluminasi Lumière de Vie atau sebelum pelembap. Biarkan serum menyerap sepenuhnya sebelum menggunakan produk lain.

Berapa cepat saya akan melihat hasilnya?
Agak cepat! Serum Bebas Jarum Lumière De Vie direka untuk memberi kesan penegangan yang pantas supaya kulit anda kelihatan lebih lembut dan tegang.

Adakah produk ini mengurangkan ketampakan garisan halus dan kedut?
Ya. Produk ini dirumuskan untuk melembapkan kulit dan memudarkan garisan halus dan kedutan. 

Adakah produk ini menjadikan kulit saya terlalu tegang?
Serum Bebas Jarum Lumière De Vie membantu menghidrat dan menggalakkan kulit sihat serta menambah kelembutannya.

Bahan-bahan


Neodermil® (Gliserin, Air, Fosfat Metilglukosida, Kuprum Lisinat/Prolinat) 
Neodermil® ialah bahan penjagaan kulit yang asli daripada kombinasi unsur berasaskan glukosa, asid amino dan kuprum. Kombinasi unik komponen ini membantu kulit kelihatan lebih tegang dan gebu serta membantu mengurangkan garisan halus dan kedut yang timbul. 

Liftonin®-Xpress (Hidroksipropil Metilselulosa, Pululan, Ekstrak Porphyridium cruentum) 
Liftonin®-Xpress ialah campuran polimer berasaskan polisakarida yang membentuk lapisan dan ekstrak alga merah. Campuran matriks polimer ini telah dioptimumkan untuk memberi kesan penegangan fizikal yang pantas dan dapat dilihat. Kesan penegangan ini mengurangkan garisan halus dan kedut yang timbul supaya kulit kelihatan lebih lembut.

Zanthalene® (Oleil Alkohol, Ekstrak Buah Zanthoxylum bungeanum) 
Zanthalene® ialah ekstrak daripada sekam buah Zanthoxylum bungeanum, sejenis tumbuhan saka yang berasal dari China dan digunakan secara meluas di Asia sebagai rempah (lada Sichuan). Sifat unik dalam ekstrak ini membantu melegakan kulit dan mengurangkan kedut yang timbul secara sementara untuk kulit kelihatan lembut dan licin.

CeraFluid (Gliserida Buah Zaitun, Seramida 3)
CeraFluid mengandungi seramida 3 yang dilarutkan dalam gliserida minyak zaitun. Seramida ialah molekul lipid yang didapati secara semula jadi dalam selaput sel daripada sel stratum korneum dan ia adalah komponen penting perlindungan kulit. Sebatian asid lemak gliserida dan seramida 3 membantu melembapkan kulit untuk kulit kelihatan lebih lembut dan licin.

Ulasan


Tiada ulasan untuk produk ini buat masa ini.