Matrixyl synthe’6™
Matrixyl synthe’6™ adalah bahan peptida canggih yang membantu untuk mencapai sokongan kulit dan penghidratan yang optimal. Ia juga mengurangkan kedut yang timbul pada dahi dan di sekeliling mata dengan kesan yang luar biasa.
GranactiveAR-1423
Sebatian asli daripada teh merah dan hijau untuk perlindungan antioksidan, boswellia dan madu untuk melegakan kulit. Ia juga mengandungi peptida canggih (tetrapeptida-14) untuk mengurangkan kemerah-merahan yang menjadikan tona kulit lebih berseri dan sekata.
Gliserin
Gliserin adalah bahan yang wujud secara semula jadi yang membantu mengimbangkan tahap air dalam kulit untuk memudahkan lembapan. Ini juga bermaksud, gliserin menarik air ke dalam kulit dan membantu kulit rasa lebih licin dan lembut.
Asetil Glukosamina
Asetil glukosamina adalah bahan penjagaan kulit pelbagai fungsi. Selain menggalakkan kulit sihat dan penghidratan, asid hialuronik dilaporkan dalam beberapa kajian dapat mengurangkan bintik hitam yang timbul. Manfaat ini membantu tona kulit menjadi sekata dan menggalakkan kulit kelihatan lebih muda.
Natrium Hialuronat
Pelembap dan pelincir penting yang didapati secara semula jadi dalam kulit kita. Asid hialuronik memberi penghidratan luar biasa dalam jangka panjang dengan keupayaannya untuk menyimpan sehingga 1,000 kali beratnya di dalam air. Natrium hialuronat ini membantu menggalakkan keanjalan dan kelenturan kulit yang sihat.
Tokoferil Asetat (Vitamin E)
Vitamin E adalah satu kumpulan sebatian yang berkaitan, dikenali sebagai tokoferol dan tokotrienol. Vitamin E dikenali dengan keupayaan antioksidan, melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas oksidatif.