Lumière de Vie® Volcanic Exfoliating Mask - Tiub Tunggal (64 g / 2 oz.)

RM227.00

4.54 Mata

Produk ini layak mendapat diskaun kos penghantaran atau dihantar secara percuma.

Ketahui Lebih

Maklumat Produk

Butiran


Lumière de Vie Volcanic Exfoliating Mask dirumuskan untuk menyahtoksik, menyerlahkan sinar wajah dan memperbaiki ton serta keluarbiasaan seri wajah. Elemen nadir bumi dengan kompleks AHA, kuasa penyerapan minyak semula jadi tanah liat putih dan bentonit dalam masker ini menghasilkan tindakan pengelupasan/penyahtoksikan yang seimbang. Hasilnya, kulit kelihatan berseri, segar dan sihat. Rawatan intensif ini akan membantu mengurangkan kemunculan garisan halus dan kedut pada wajah serta mencerahkan dan melembutkan tekstur kulit.

Faedah


  • Mengelupas kulit untuk permukaan yang lebih halus, lembut dan berseri.
  • Untuk kulit kelihatan segar dan lebih bertenaga.
  • Mengurangkan kemunculan garisan halus dan kedut.
  • Mengurangkan penampilan yang tidak sempurna, tidak sekata dan tanda penuaan.
  • Melegakan dan menghidrat kulit dengan alantoin, minyak badam manis, minyak buah zaitun dan beta glukan.
  • Antioksidan daripada teh hijau dan bilberi membantu mengurangkan kesan stres alam sekitar pada kulit.

Soalan Lazim


Bagaimana saya dapat menggunakan Lumière de Vie Volcanic Exfoliating Mask?
Sapukan lapisan tebal Lumière de Vie Volcanic Exfoliating Mask dengan rata pada kulit dan leher yang bersih. Elakkan menyapu topeng muka di kawasan mata. Biarkan selama 10 minit. Tanggalkan dengan hujung jari dan gosok secara perlahan-lahan. Lap sehingga bersih produk yang berbaki. Lap kulit hingga kering dan sambung dengan rejim penjagaan kulit biasa anda. Seterusnya anda boleh menggunakan Lumière de Vie Toner, Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid, Lumière de Vie Serum Concentrate dan Lumière de Vie Intense Rejuvenation Crème untuk hasil terbaik.

Kulit saya sensitif. Adakah produk ini menyakitkan?
Tidak. Lumière de Vie Volcanic Exfoliating Mask dirumuskan untuk semua jenis kulit.

Berapa kerap saya patut menggunakan topeng muka?
Kami mengesyorkan penggunaan Lumière de Vie Volcanic Exfoliating Mask sebanyak satu hingga dua kali seminggu untuk hasil yang maksimum.

Bagaimana produk ini berfungsi?
Lumière de Vie Volcanic Exfoliating Mask mengelupaskan kulit dan membuang lapisan kulit mati. Kulit akan kelihatan lebih berseri dan lembut dengan penggunaan yang kerap. 

Adakah produk ini berbau?
Lumière de Vie Volcanic Exfoliating Mask bebas daripada sebarang haruman tambahan. Namun, ia mempunyai bau yang segar, bersih dan menceriakan.

Bahan-bahan


Heksanol Dipeptida-3 Norleucine Asetat (PerfectionPeptide P3™)
Tripeptida dengan teknologi canggih dan unik yang menggalakkan pengelupasan sel kulit mati secara semula jadi. Ujian klinikal menunjukkan Perfection Peptide P3 mengurangkan kemunculan garisan halus dan kedut, memberi kulit penampilan yang lebih lembut dan berseri. Selain itu, ia membantu mengurangkan ketidaksempurnaan dan permukaan yang tidak sekata.

Pumis
Serbuk yang sangat halus yang memberi pengelupasan mineral semula jadi untuk menjadikan kulit kelihatan bersinar dan berseri.

Alantoin
Alantoin mengandungi agen antikerengsaan, yang membantu untuk membersihkan, melindungi dan melegakan kulit anda, lalu menjadikannya rasa lebih halus dan lembut.

Prunus amygdalus dulcis Minyak (Badam Manis)
Minyak badam manis ialah minyak yang cair warnanya diperoleh daripada badam (Prunus amygdalus dulcis). Minyak badam manis yang kaya dengan oleik dan linoleik trigliserida adalah agen perapian kulit yang hebat yang membantu mengekalkan penghidratan kulit dan menjadikannya kelihatan lembut dan halus. Minyak badam membantu melindungi permukaan kulit, merapikan kulit, menggalakkan kulit kelihatan lebih muda dan cerah. Minyak badam juga adalah pelembap yang hebat dan sesuai untuk semua jenis kulit. Namun, ia berkesan khususnya pada kulit kering atau gatal-gatal.

Olea europaea Minyak Buah (Zaitun)
Minyak zaitun kaya dengan antioksidan dan asid lemak. Ciri ini menjadikan minyak zaitun pilihan yang terbaik untuk melembapkan kulit, melindunginya daripada stresor alam sekitar dan seterusnya membantu kulit kelihatan lebih lembut dan muda.

Natrium PCA
Agen pelembap semua jadi yang hebat ini didapati dalam kulit manusia. Ia adalah salah satu faktor pelembapan semula jadi bagi kulit yang sihat. Ia telah dibuktikan dapat menghidrat kulit dengan lebih berkesan berbanding dengan bahan yang digunakan secara tradisional dalam produk penjagaan kulit.

Beta Glukan (Oat)
Ektrak Beta Glukan membantu menghidrat kulit, dan menyokong ketegangan, tona dan keanjalan kulit serta mengurangkan kemunculan garisan halus dan kedut.

Ulasan


Tiada ulasan untuk produk ini buat masa ini.