Lumière de Vie® Illuminating Fading Fluid - Botol Tunggal (30 ml / 1 fl. oz.)

RM271.00

5.42 Mata

Produk ini layak mendapat diskaun kos penghantaran atau dihantar secara percuma.

Ketahui Lebih

Maklumat Produk

Butiran


Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid adalah rumusan hebat yang menyerikan kulit dengan serta-merta sambil membantu mengurangkan kemunculan bintik hitam dan kesan kemerahan. Mengubah kulit dengan kompleks penghidratan yang hebat yang menjadikan kulit rasa halus dan memberi penghidratan yang optimum. Agen yang mujarab ini mengurangkan penampilan penuaan kulit dan menghaluskan ton kulit. Kembalikan seri wajah untuk kulit yang sempurna.

Faedah


  • Membantu mengurangkan kemunculan bintik hitam.
  • Menyokong ton kulit yang kelihatan lebih sekata dengan membantu mengurangkan kemunculan kontur bintik hitam.
  • Mencerahkan rupa kulit secara menyeluruh untuk kulit yang lebih berseri.
  • Membantu mengurangkan kemunculan kesan kemerahan.
  • Membantu mengurangkan kemunculan kedut untuk kulit yang tampak lembut dan licin.
  • Melembapkan untuk memberi rupa kulit yang lembut dan licin.

Soalan Lazim


Bagaimana saya dapat menggunakan Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid?
Sapu secara rata Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid di bahagian wajah pada sebelah pagi atau malam, selepas membersih dan menyegarkan wajah dengan Lumière de Vie Cleanser dan Toner. Biarkan cecair menyerap sepenuhnya ke dalam kulit sebelum menyapu Lumière de Vie Serum Concentrate (pagi dan malam), dan Lumière de Vie Intense Rejuvenation Crème (pagi dan malam) untuk hasil terbaik.

Adakah saya akan melihat hasilnya dengan serta-merta?
Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid dirumuskan untuk mengurangkan bintik hitam dan menggalakkan kulit yang kelihatan lebih muda dengan penggunaan harian.

Adakah saya patut menggunakannya pada setiap pagi dan malam?
Ya. Bagi hasil yang optimum, anda patut menggunakan Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid sebelum anda bersolek pada setiap pagi dan selepas mencuci muka sebelum tidur.

Adakah produk ini berfungsi untuk semua jenis dan ton kulit?
Ya! Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid direka untuk berfungsi dengan baik bagi semua jenis dan ton kulit.

Adakah Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid akan menyebabkan kulit saya kering dan mengelupas?
Tidak. Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid akan melembapkan kulit anda dan membantu melembutkannya agar kulit anda rasa dan kelihatan muda.

Adakah Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid berbau harum?
Ya. Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid berbau harum dan segar.

Bahan-bahan


Illumiscin®
Kombinasi ekstrak daun buah zaitun, vitamin C terstabil (askorbil glukosida), dan PCA zink yang mengurangkan kemunculan bintik hitam dan penuaan. Ia turut menggalakkan ton kulit yang sekata dengan mengurangkan kontur bintik hitam untuk memberi kulit anda seri wajah yang sihat.

Synovea® HR (Heksilresorsinol)
Bahan pencerahan kulit mujarab yang dibuktikan dapat mengurangkan kemunculan bintik hitam. Selain memanfaatkan pencerahan kulit, Synovea® HR membantu mengurangkan kemerahan dan menggalakkan kulit lebih halus dan lembut untuk kelihatan muda.

Asetil Glukosamina
Asetil glukosamina ialah bahan penjagaan kulit dengan pelbagai fungsi. Selain menggalakkan kulit yang sihat dan penghidratan, asid hialuronik dilaporkan dalam beberapa kajian dengan kebolehan mengurangkan kemunculan bintik hitam. Manfaat ini membantu ton kulit menjadi sekata dan menggalakkan kulit kelihatan lebih muda.

Alantoin
Alantoin mengandungi agen antikerengsaan, yang membantu untuk membersihkan, melindungi dan menenangkan kulit anda.

Bisabolol
Cecair ini ialah bahan aktif utama minyak yang dibuat daripada tumbuhan kamomil Jerman. Bisabolol digunakan sebagai agen perapian kulit untuk menjadikan kulit kelihatan dan rasa halus, lembut dan gebu.

Natrium Hialuronat
Pelembap dan pelincir yang penting ini didapati secara semula jadi dalam kulit kita. Asid hialuronik memberi penghidratan luar biasa dalam jangka panjang dengan keupayaannya untuk menyimpan sehingga 1,000 kali beratnya di dalam air. Natrium hialuronat ini membantu menggalakkan keanjalan dan kelenturan kulit yang sihat.

Asetat Tokoferil (Vitamin E)
Vitamin E ialah sebatian daripada kumpulan yang dikenali sebagai tokoferol dan tokotrienol. Vitamin E dikenali dengan keupayaan antioksidan, melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas oksidatif.

Ulasan


Tiada ulasan untuk produk ini buat masa ini.