Lumière de Vie® Eye Balm - Jar Tunggal (14 g / 0.5 oz.)

RM199.00

3.98 Mata

Produk ini layak mendapat diskaun kos penghantaran atau dihantar secara percuma.

Ketahui Lebih

Maklumat Produk

Lumière de Vie® Eye Balm


Butiran


Lumière de Vie Eye Balm ini membantu melegakan dan mengurangkan kejadian geleberan mata serta merapikan dan menghidratkan kawasan mata yang lembut secara mendalam. Menambahbaikkan tampilan garisan halus dan pori yang besar secara dramatik sambil membantu menganjalkan kulit di bahagian kulit yang paling lembut.

Faedah


  • Membantu mengurangkan kewujudan lingkaran hitam di bawah mata
  • Membantu kawasan bawah mata rasa lebih anjal dan kenyal
  • Membantu mengurangkan garisan halus dan kemunculan kedut 
  • Melembapkan kulit supaya kelihatan dan rasa lebih lembut dan halus
  • Pigmen yang membaurkan cahaya menggalakkan penampilan yang sempurna

Soalan Lazim


Bagaimana saya menggunakan Lumière de Vie Eye Balm?
Bubuh sedikit balsam mata yang mewah ini menggunakan aplikator yang direka khas dan sapu perlahan-lahan di kawasan mata pada waktu pagi dan malam.

Adakah hasilnya akan kelihatan secara dengan serta-merta?
Lumière de Vie Eye Balm dicipta untuk memudarkan kewujudan lingkaran bawah mata, kedut dan garisan halus apabila digunakan pada setiap hari.

Mengapa ada alat diberikan bersama krim mata ini?
Alat yang diberikan bersama Lumière de Vie Eye Balm bertujuan menggalakkan pengedaran dan memudarkan kewujudan lingkaran gelap di bawah mata. Hujung kepala metal yang sejuk merangsang kulit dan menggalakkan aliran darah apabila ia digunakan pada kulit. Cara ini membantu mengurangkan mata bengkak dan sembap. Kami menyarankan anda menyimpan alat ini di dalam peti sejuk supaya ia kekal sejuk.

Adakah produk ini akan menyakitkan kulit di sekeliling mata saya?
Lumière de Vie Eye Balm dirumuskan untuk sebarang jenis kulit dan tidak sepatutnya menyebabkan sebarang kerengsaan. Walau bagaimanapun, kulit setiap orang mempunyai tahap sensitif yang berbeza. 

Adakah Lumière de Vie Eye Balm meninggalkan sisa minyak pada kulit saya?
Lumière de Vie Eye Balm dirumus untuk menghasilkan kulit yang licin dan tidak meninggalkan sisa berminyak pada kulit anda.

Bagaimana untuk mendapatkan hasil terbaik daripada Lumière de Vie Eye Balm?
Tujuan krim mata adalah mengekalkan penampilan yang segar. Pastikan ia dipakai dengan betul untuk hasil yang optimum. Tepuk sedikit krim secara perlahan-lahan di bawah mata. Jangan gosok atau ratakan di atas kulit. Mengheret dan menarik kulit hanya akan menyebabkan regangan kulit, lalu menjadikan kulit kelihatan lebih matang.

Bahan-bahan


Pinoxide® (Pinanediol, Camphanediol)
Sebatian eksklusif yang menggalakkan kolagen kulit sihat dan mikroedaran kulit biasa untuk menganjalkan kawasan di bawah mata. Ia juga mengurangkan kewujudan lingkaran hitam di bawah mata.

Mentega Butyrospermum parkii (Shea)
Mentega shea mempunyai kesan melegakan dan pelembap yang bagus pada kulit kerana wujudnya lemak tak tersaponinan, vitamin dan antioksidan semula jadi. Mentega shea membantu menghidrat kulit anda dan melegakan kulit kering dan rosak akibat sinaran matahari. Ia memberi anda kulit yang lembut, halus dan gebu.

Gliserin
Gliserin ialah bahan yang wujud secara semula jadi yang membantu mengimbangkan tahap air dalam kulit untuk memudahkan pelembapan. Ini juga bermaksud, gliserin menarik air ke dalam kulit dan membantu kulit rasa lebih licin dan lembut.

Skualin
Skualin ialah versi skualena berhidrogen. Skualena ialah cecair yang berminyak daripada minyak lain seperti minyak germa gandum, minyak zaitun, minyak bran beras dan banyak lagi. Skualena mempunyai manfaat pelembapan yang sangat baik dan berfungsi sebagai pelincir pada permukaan kulit untuk membantu kulit mengekalkan rupa yang licin dan halus.

Alantoin
Alantoin mengandungi agen antikerengsaan yang membantu untuk melindungi dan menenangkan kulit anda, meninggalkan kulit rasa lembut dan licin.

Natrium Hialuronat
Pelembap dan pelincir penting yang didapati secara semula jadi dalam kulit kita. Asid hialuronik memberi penghidratan luar biasa dalam jangka panjang dengan keupayaannya untuk menyimpan sehingga 1,000 kali beratnya di dalam air. Natrium hialuronat ini membantu menggalakkan keanjalan dan kelenturan kulit yang sihat.

Asetat Tokoferil (Vitamin E)
Vitamin E ialah sebatian daripada kumpulan yang dikenali sebagai tokoferol dan tokotrienol. Vitamin E dikenali dengan keupayaan antioksidan, selain melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas oksidatif.

Ulasan


Tiada ulasan untuk produk ini buat masa ini.