Astaxantin (Ekstrak Haematococcus pluvialis)
Haematococcus pluvialis adalah mikroalga air tawar yang mengandungi astaxantin. Astaxantin telah dikaji dapat memberikan pelbagai fungsi namun paling dikenali atas kandungan antioksidan yang menakjubkan. Selain bertindak sebagai antioksidan, astaxantin dapat membantu melembap kulit apabila digunakan secara luaran dan apabila digabungkan bersama suplementasi pemakanan, astaxantin telah dikenalpasti dapat mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, membantu mengurangkan penampilan pigmentasi hitam dan membantu kulit kelihatan lebih licin.
Ceramosides HP (Glicosphingolipids + Glicolipid)
Adunan lipid yang unik ini mengandungi seramida dan asid lemak omega-3, -6, dan -9, kesemuanya merupakan komponen semulajadi kulit. Lipid ini membantu menyokong kulit wajah, keserian, dan menyokong tona kulit yang lebih sekata.
AesthiGel (Air + Carrageenan + Garam Laut)
Carrageenan adalah keluarga polisakarida yang diperoleh daripada alga marin. Carrageenan ini dihasilkan daripada alga laut merah Furcellaria lumbricalis. Kajian menunjukkan ia membantu melembapkan kulit dan menjadikan ia kelihatan licin.
PhytoSpherix (Glikogen)
Bentuk semulajadi glikogen ini adalah sejenis polisakarida yang dicabang tinggi, pelbagai fungsi yang digunakan atas sifat humektan dan pembentukan filem. Ia membantu mengembalikan kesegaran penampilan kulit dengan cara melembap dan mengurangkan penampilan kedutan untuk rupa yang lebih halus. Ia juga membantu mencerahkan dan menyeratakan tona kulit untuk kulit wajah yang lebih sihat dan berseri.
Aqua/Water/Eau, Methylpropanediol, Polyacrylate Crosspolymer-6, Xylitylglucoside, Anhydroxylitol, Sodium Benzoate, Citric Acid, Glycogen, Xylitol, Potassium Sorbate, Glycolipids, Glycosphingolipids, Haematococcus Pluvialis Extract, Phenoxyethanol, Carrageenan, Maris Sal/Sea Salt/Sel Marin, Fragrance (Parfum), Citronellol, Benzyl Benzoate, Linalool, Limonene, Alpha Isomethyl Ionone, Geraniol.