Lumière de Vie® Retinol Crème - Botol Tunggal (30 ml / 1.0 fl. oz.)

RM269.00

5.38 Mata

Produk ini layak mendapat diskaun kos penghantaran atau dihantar secara percuma.

Ketahui Lebih

Maklumat Produk

Butiran


Butiran

Alami manfaat pemulihan Retinol dengan Lumière de Vie Retinol Crème kami. Bahan-bahan yang mujarab anti garis halus dan kedutan serta mencerahkan kulit untuk memberi wajah yang berseri.

Harap Maklum: Disebabkan variasi bahan-bahan yang terdapat dalam produk siap retinol , perubahan warna mungkin berlakudari masa ke semasa.. Ini adalah kejadian semulajadi dan tidak menjejaskan kesan efektif produk ini.

Faedah


Faedah
  • Mencerahkan wajah
  • MeningkatkanMemulihkan keanjalan
  • Menyokong kulit yang sihat
  • Melembap dan menenangkan kulit
  • Mengurangkan penampakan garisan halus dan kedutan

Soalan Lazim


Bagaimanakah cara untuk saya gunakan Lumière de Vie Retinol Crème?

  • Langkah 1: Gunakan krim mata selepas membersihkan muka untuk melindungi kulit disekeliling mata anda.
  • Langkah 2: Adalah penting untuk menggunakan Retinol ke atas kulit yang betul-betul kering. Langkah ini akan membantu mengelakkan kerengsaan.
  • Langkah 3: Ambil sedikit amaun Retinol Crème ,bermula pada dagu anda, guna dengan hujung jari anda dalam gerakan ke atas dan ke luar. 
  • Langkah 4: Tamatkan dengan pelembap anda.
  • Langkah 5: Ingat untuk menggunakan krim pelindung matahari pada keesokan pagi.

Berapakah kerap harus saya menggunakan Lumière de Vie Retinol Crème?
Retinol ialah bahan yang serba kuat, oleh itu kami cadangkan anda memberi masa kulit anda untuk menyesuaikan diri. 
Untuk pengguna Retinol baru: Guna dua hari dan rehat dua hari. Meneruskan penggunaan sehingga anda menggunakannya secara harian mengikut Langkah 1-5.
Untuk pengguna lama Retinol : Gunakan setiap hari mengikut Langkah 1-5.

Disebabkan oleh potensi Retinol, adakah terdapat sebarang langkah khas yang saya harus ikuti ketika menggunakan produk ini?
Ya! Retinol mungkin meningkatkan fotosensitiviti; oleh itu kami menasihatkan anda menggunakan krim pelindung suria yang spektrum tinggi. Selain itu, disebabkan oleh penggantian sel kulit, kami mencadangkan anda berhenti menggunakan retinol untuk beberapa hari sebelum janji temu “waxing” kerana permukaan kulit akan mendedahkan kulit yang baru.

Bolehkah saya menggunakan produk ini jika saya akan berada di bawah pancaran matahari?
Ya, cuma pastikan memakai pelindung suria berspektrum tinggi sebelum anda keluar .


Adakah produk ini selamat digunakan untuk orang yang berkulit sensitif?
Retinol adalah rawatan antipenuaan yang lebih intensif jadi kami menasihati agar anda mencuba pada kawasan yang kecil sebelum menggunakan rawatan penuh. Selain itu, kami tidak menggalakkan penggunaan jika anda pernah mengalami kerengsaan dengan produk retinol sebelum ini. Produk ini mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kulit anda dan kerengsaan, kemerahan ringan dan rasa hangat mungkin berlaku apabila anda mula menggunakan produk ini. Jika kerengsaan berterusan, sila merujuk kepada pakar perubatan.

Berapa peratus retinol yang terkandung dalam produk ini?
Disebabkan oleh intensiti retinol, lebih baik memberi tumpuan pada kombinasi bahan ramuan daripadaperatusan retinol. Peratusan retinol yang lebih tinggi dalam produk akan menyebabkan kesan yang agresif ke atas kulit. Produk ini telah dirumus dalam sebatian yang sempurna untuk mendapatkan manfaat yang anda perlukan

Apa yang menjadikan Lumière de Vie Retinol Crème berbeza daripada produk yang lain di dalam pasaran?
Lumière de Vie Retinol Crème menggunakan sistem penghantaran yang dikenali sebagai Poly-Pore 120 RE. Sistem ini direka untuk menyediakan perlepasan retinol secaraberterusan untuk membantu mengurangkan kerengsaan.

Adakah Lumière de Vie Retinol Crème diuji ke atas haiwan?
Produk Lumière de Vie tidak dikaji atau diuji ke atas haiwan.

Soalan Lazim

Bahan-bahan


Bahan-bahan

Retinol
Retinol adalah bentuk Vitamin A semulajadi utama yang merupakan turunan yang membantu mempercepatkan penggantian kulit secara semula jadi. Proses penggantian kulit secara semula jadi membantu untuk menghidupkan lapisan atas kulit dan menyingkirkan kulit mati. Ianya merupakan bahan yang paling diketahui dan efektif untuk penjagaan kulit. Retinol dilaporkan boleh mengurangkan penampakan garisan halus dan kedutan, membantu menganjalkan kulit dan mempertingkatkan penampilan kulit secara menyeluruh.

Poly-Pore 120 RE (Retinol berkapsul)
Poly-Pore 120 RE ialah sistem penghantaran fungsi pelbagai yang menyediakan perlepasan berterusan untuk retinol. Pelepasan retinol yang amat perlahan membolehkan penggunaannya pada tahap yang efektif untuk membantu mempertingkatkan kestabilan dan mengurangkan kerengsaan.

Ectoin
Ectoin ialah molekul organik yang tersedia secara meluas semula jadi dan mempunyai unsur antioksidan dan pengikat air yang kuat. Unsur-unsur ini membantu ectoin untuk melembap dan menenangkan kulit serta mengurangkan penampakan kedutan.

Glyceryl Glukosida
Glyceryl Glucoside ialah bentuk gula yang kecil ditemui dalam beberapa tumbuhan dan alga biru-hijau. Ia mempunyai unsur pengikat air yang kuat dan boleh membantu kelembapan kulit.

Asetil Glukosamina
Asetil glukosamina ialah bahan penjagaan kulit pelbagai fungsi. Ia menggalakan penghidratan kulit yang sihat dan dilaporkan membantu mengurangkan penampakan mengelupas. Manfaat ini membantu kulit kelihatan licin dan juga menggalakkan kulit kelihatan lebih muda.

Water (Aqua), Butylene Glycol. Dimethicone, Glycerin, Isostearyl Alcohol, Cetyl Alcohol, Glyceryl Stearate, Butylene Glycol Cocoate, PEG-75 Stearate, Ceteth-20, Steareth-20, Ethylcellulose, Acetyl Glucosamine, Ectoin, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Allyl Methacrylates Crosspolymer, Retinol, Polysorbate 20, BHT, Propyl Gallate, Glyceryl Glucoside, Tetrahexyldecyl Ascorbate, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Xanthan Gum, Tocopheryl Acetate, Disodium EDTA, Fragrance (Parfum), Sodium Hydroxide, Sodium Hyaluronate, Linalool, Benzyl Salicylate, Limonene.

Ulasan


Tiada ulasan untuk produk ini buat masa ini.