Bagaimana saya dapat menggunakan Lumière de Vie Facial Cleanser?
Letakkan Lumière de Vie Facial Cleanser sebesar syiling sepuluh sen di tapak tangan dan urut dalam gerakan memusing di bahagian muka dan leher yang basah. Bilas dengan air suam. Ikuti dengan Lumière de Vie Toner (pagi dan petang), Lumière de Vie Illuminating Fading Fluid (pagi atau petang), Lumière de Vie Serum Concentrate (pagi dan petang), dan Lumière de Vie Intense Rejuvenation Crème (pagi dan petang) untuk hasil yang terbaik.
Bagaimana saya patut menggunakan Lumière de Vie Facial Cleanser?
Anda patut membersihkan wajah anda dengan Lumière de Vie Facial Cleanser sebanyak dua kali sehari.
Kulit saya sensitif. Adakah produk ini akan menyakitkan kulit?
Tidak. Lumière de Vie Facial Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak sepatutnya menyebabkan kerengsaan. Walau bagaimanapun, kulit setiap orang mempunyai tahap sensitif yang berbeza.
Mengapa pembersihan wajah adalah penting?
Membersihkan wajah anda adalah penting kerana ia bukan sahaja membuang kotoran, bahan cemar, minyak dan mekap, ia juga menyediakan kulit untuk penggunaan produk rawatan dan pelembap. Pembersihan pori membolehkan rawatan dan pelembap untuk diserap ke dalam kulit anda untuk kesan yang maksimum.
Adakah Lumière de Vie Facial Cleanser membuang lembapan pada kulit saya?
Pembersih dirumuskan dengan Pantenol dan Alantoin untuk menghidrat kulit anda dan menjadikan ia rasa gebu, lembut dan segar.