Lumière de Vie® Serum Concentrate - Botol Tunggal (60 ml / 2 fl. oz.)

RM358.15 RM377.00

7.54 (2%) Mata
[ Butiran ]

Produk ini layak mendapat diskaun kos penghantaran atau dihantar secara percuma.

Ketahui Lebih

Maklumat Produk

Butiran


Lumière de Vie Serum Concentrate adalah penjagaan kulit generasi masa depan yang menggunakan alam dan sains dengan pencerahan yang berkesan, antioksidan yang hebat dan kuasa laut. Ekstrak mujarab yang menggalakkan kolagen kulit yang sihat untuk kulit kelihatan anjal serta membantu mengurangkan kemunculan garisan halus, ia menghasilkan kulit yang sungguh berseri, cerah dan diperbaharui.

Faedah


  • Menyokong kolagen dan elastin yang normal dan sihat untuk membantu kulit rasa lebih anjal dan lembut.
  • Mengurangkan garisan halus dan kemunculan kedut.
  • Membantu mencerahkan kulit untuk kulit yang lebih berseri.
  • Menyokong fungsi pelindung kulit sihat untuk mengekalkan kulit terhidrat.
  • Menggalakkan kulit yang cerah dan kelihatan sihat.

Soalan Lazim


Bagaimana saya dapat menggunakan Lumière de Vie Serum Concentrate?
Sapu Lumière de Vie Serum Concentrate pada seluruh wajah sebanyak dua kali sehari. Biarkan serum menyerap selama 5-7 minit sebelum anda menyapu krim pada waktu siang dan malam. Bagi hasil yang optimum, ikuti dengan Lumière de Vie Intense Rejuvenation Crème dan Lumière de Vie Eye Balm.

Adakah saya akan melihat hasilnya dengan serta-merta?
Hasilnya tidak dapat dilihat pada penggunaan kali pertama kerana Lumière de Vie Serum Concentrate direka untuk membantu mengurangkan kemunculan bintik hitam dan menggalakkan ton kulit yang kelihatan muda dalam jangka panjang.

Adakah produk ini akan mengurangkan kemunculan garisan halus dan kedut?
Ya. Produk ini dirumus untuk melembapkan kulit dan menjadikan garisan halus dan kedut semakin pudar.

Adakah Lumière de Vie Serum Concentrate akan menjadikan kulit saya rasa tegang?
Tidak. Lumière de Vie Serum Concentrate membantu melembapkan kulit dan menggalakkan kulit sihat. Produk ini akan menghidrat kulit anda dan membantu meningkatkan kelembutannya.

Apakah itu Antioksidan dan apakah fungsinya?
Antioksidan ialah molekul yang mengurangkan atau menghalang oksidasi molekul lain. Walaupun oksidasi adalah proses normal biologi, ia juga boleh menyebabkan pembentukan spesis oksigen reaktif dan radikal bebas yang memberi kesan negatif kepada kulit sihat. Pendedahan kepada stresor oksidatif dan bahan cemar dari alam sekitar boleh menyebabkan tekanan oksidatif pada kulit. Tekanan oksidatif adalah ketidakseimbangan antara proses oksidasi dan penghalang antioksidan normal kulit. Antioksidan bertindak dengan radikal bebas dan spesis oksigen reaktif untuk mengurangkan kesan negatif tekanan oksidatif. Oleh itu, penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi antioksidan boleh membantu mengekalkan kulit normal yang sihat dan menjadikan ia kelihatan lebih muda.

Bahan-bahan


Juvenessence® (Ekstrak Rumpai Laut)
Ekstrak alga perang asli yang membantu melindungi kulit daripada tekanan oksidatif disebabkan oleh kesan alam sekitar dan menyokong fungsi perlindung kulit untuk mengekalkan kulit terhidrat. Agen dalam Juvenessence® membantu kulit rasa lebih anjal dan lembut. Ia mengurangkan penampilan penuaan kulit pramatang.

Sytenol® A (Bakuchiol)

Bakuchiol ialah bahan antipenuaan pelbagai fungsi yang menggalakkan kolagen dan elastin yang sihat dalam kulit serta membantu melindungi kulit daripada penuaan akibat stres. Bakuchiol juga boleh membantu menyokong fungsi pelindung kulit biasa untuk mengekalkan penghidratan kulit, melegakan kulit, dan menggalakkan pengeluaran sebum yang normal dan sihat supaya kulit kelihatan sihat.

Synovea® HR (Heksilresorsinol)

Bahan pencerahan kulit mujarab yang dibuktikan dapat mengurangkan kemunculan bintik hitam. Selain daripada manfaat pencerahan kulit, Synovea® HR membantu menyokong sistem antioksidan semula jadi kulit bagi melindungi kulit daripada tekanan oksidatif.

Tetraheksildesil Askorbat
Tetraheksildesil askorbat ialah vitamin C dalam bentuk lipid larut. Ia seperti vitamin C yang dilaporkan menggalakkan kolagen kulit sihat dan membantu mencerahkan kulit.

Skualin
Skualin ialah versi skualena berhidrogen. Skualena ialah cecair yang berminyak daripada minyak lain seperti minyak germa gandum, minyak zaitun, minyak bran beras dan banyak lagi. Skualena mempunyai manfaat pelembapan yang sangat baik dan berfungsi sebagai pelincir pada permukaan kulit untuk membantu kulit mengekalkan rupa yang licin dan halus.

Asetil Glukosamina
Asetil glukosamina ialah bahan penjagaan kulit pelbagai fungsi. Selain menggalakkan kulit sihat dan penghidratan, asid hialuronik dilaporkan dalam beberapa kajian dengan kebolehan mengurangkan kemunculan bintik hitam. Manfaat ini membantu ton kulit menjadi sekata dan menggalakkan kulit kelihatan lebih muda.

Kafein
Kafein mempunyai antioksidan dan sifat yang melegakan kulit yang boleh membantu melindungi kulit anda daripada tekanan oksidatif serta menjadikan kulit anda rasa segar.

Alantoin
Alantoin mengandungi agen antikerengsaan, yang membantu untuk membersihkan, melindungi dan menenangkan kulit anda.

Ekstrak Centella asiatica (Gotu Kola)
Ia juga dikenali sebagai gotu kola dan pegaga India, Centella asiatica ialah tumbuhan yang menjalar dan biasa dijumpai di India dan Asia Tenggara. Ia mengandungi beberapa bahan antioksidan dan digunakan dalam budaya Ayurvedic sejak bersibu-ribu tahun lagi.

Asetat Tokoferil (Vitamin E)
Vitamin E ialah sebatian daripada kumpulan yang dikenali sebagai tokoferol dan tokotrienol. Vitamin E dikenali dengan keupayaan antioksidan, melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas oksidatif.

Ulasan


Ulasan Pelanggan
  • (60)
  • (0)
  • (0)
  • (0)
  • (0)

Memaparkan ulasan  1 - 5 daripada 60

pada

  • Penasihat Kedai

超好吸收的精華液

若美芙產品裡面愛用第一名🥇~真心好用❤️用了一陣子之後,兩頰肌膚真的比較Q彈,推薦大家使用看看

pada

  • Penasihat Kedai

The one thing I cannot live without

This serum not only smells like only high quality ingredients are in there, but also makes my skin feel nourished and hydrated!

pada

  • Penasihat Kedai

超級好用!

這瓶是我最愛的抗老產品
我不喜歡黏黏的精華液
這瓶完全不黏
邊搽邊按摩 效果很好噢!

pada

  • Penasihat Kedai

保濕又能提昇皮膚的彈性,好用

保濕又能增加皮膚的彈性,一舉两得,也可以加在粉底液增加粉底的保濕度,很不錯

pada

  • Penasihat Kedai

若美芙彈力新生精華液

質地細緻吸收好,讓肌膚更Q彈、有光澤。