Lumière de Vie® Moisture Intense Facial Masque - 2 paket (23 g / 0.81 auns setiap satu)

RM264.00

5.28 Mata

Produk ini layak mendapat diskaun kos penghantaran atau dihantar secara percuma.

Ketahui Lebih

Maklumat Produk

Butiran


Butiran

Kulit cantik memerlukan masker yang menakjubkan. Lumière de Vie Moisture Intense Facial Masque adalah rawatan terbaik yang dirumus dengan aloe untuk melembapkan kulit dengan mendalam. Menggunakan kuasa penghidratan hebat oleh asid hialuronik, masker istimewa ini dapat menyegarkan kulit kering, kulit matang dengan segera.

Faedah


  • Menggunakan aloe untuk menawarkan kelembapan yang mendalam
  • Dirumuskan dengan asid hialuronik untuk menggalakkan penghidratan kulit
  • Kulit tampil lebih licin dan lembut
  • Direka untuk diguna di antara lawatan spa untuk memberikan kulit fasial mini
  • Pembungkusan yang mudah dengan dua masker untuk rawatan bulanan

Soalan Lazim


Bagaimanakah saya mengguna Lumiere de Vie Moisture Intense Facial  Masque?
Selepas membersih dan menyegarkan muka dan leher, keluarkan Moisture Intense Facial Masque dari paket terkedap itu dan tanggalkan lapisan tipisan perlindung dari kedua-dua belahnya. Sapu terus dan secara sekata pada muka dan menepuk masker dengan lembut untuk mengeluarkan buih-buih udara itu. Biarkan selama 10-25 minit untuk masker mengaktifkan dan kemudian menanggalkan masker dari kulit. Mengurut baki produk dengan lembut pada muka, leher, dan bahagian atas dada. Seterusnya, sapu pelembap kegemaran anda.

Adakah saya akan melihat hasilnya dengan serta-merta?
Hasil adalah berbeza bergantung pada setiap individu berdasarkan kulit mereka. Lumière de Vie Moisture Intense Facial Masque dirumuskan untuk mencergaskan semula kulit yang kering, matang, dan memulihkan penghidratan ke dalam kulit untuk tampilan kulit yang lebih muda, lebih licin.

Bilakah saya harus guna Masker?
Kami cadang agar guna masker ini pada waktu malam kerana rumusan pekat ini akan meninggalkan rawatan yang memulihkan pada kulit untuk diserap. Meninggalkan rumusan itu pada kulit sepanjang malam dapat memaksimumkan faedah penghidratan masker itu. Pada waktu pagi, anda boleh membersihkan kulit sebagai sebahagian daripada rutin harian anda.

Mengapakah kulit saya rasa sensasi sesemut semasa memakai masker itu?
Sesetengah individu mungkin rasa sensasi sesemut disebabkan kepekatan masker semula jadi itu. Sensasi itu dijangka akan berlaku dan akan reda setelah masker ditanggalkan dan baki rawatan pada muka boleh diurut pada kulit untuk penyerapan. Jika anda mengalami sebarang kerengsaan kulit, berhenti penggunaan dan hubungi seorang pakar perubatan.

Mengapakah hanya terdapat 2 helaian masker dalam kotak itu?
Lumière de Vie Moisture Intense Facial Masque adalah satu masker yang sangat berkuasa dan hanya perlu digunakan dua kali sebulan. Anda boleh guna dengan lebih kerap, apabila diperlukan, tetapi mempertimbangkan produk ini sebagai satu fasial mini bagi kulit anda.

Adakah Lumière de Vie Moisture Intense Facial Masque diuji pada haiwan?
Lumière de Vie tidak menjalankan atau mengarahkan ujian dilakukan pada haiwan untuk sebarang produk yang dilancarkan.

Bahan-bahan


Jus Aloe
Aloe vera, secara semula jadinya kaya dalam enzim, asid amino, vitamin, mineral, dan sebatian tumbuh-tumbuhan yang lain, dan juga dikenali sebagai bahan pelembapan, membantu kulit kekal hidrat dan tampil licin serta tegang.

Gliserin
Gliserin adalah satu bahan humektan perapi kulit yang membantu kulit kekal hidrat, membantu ia mengekalkan tampilan yang lembut dan licin.

Asid Hialuronik
Asid Hialuronik adalah satu pelembap dan pelincir penting yang didapati secara semula jadi dalam kulit kita. Ia menawarkan pelembapan yang superior, jangka panjang, mengekalkan kulit kekal hidrat dan lembut.

Bahan-bahan:
Air, Kaprilik/ Trigliserida Kaprik, Glikol Propilena, Minyak Biji Brassica Campestris (Biji Sesawi), Dimetikon, Isopropil Miristat, Ekstrak Yis, Lauril Glukosida , Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystearate, Ceteareth-20, Natrium PCA, Asid Hialuronik, Hydrolized Elastin, Sukrosa, Urea, Ethylhexylglycerin, Tocopheryl Acetate, Phenoxyethanol, Butilena Glikol, Ekstrak Daun Camellia Sinensis (Teh Hijau), Jus Daun Aloe Barbadensis (Aloe), Ekstrak Cucumis Sativus (Timun), Ekstrak Punica Granatum (Buah Delima), Ekstrak Biji Aesculus Hippocastanum (Berangan Kuda), Ekstrak Alga, Ekstrak Bunga Calendula Officinalis, Ekstrak Bunga Chamomilla Recutita (Matricaria), Ekstrak Daun Ginkgo Biloba, Ekstrak Daun Hamamelis Virginiana (Witch Hazel), Ekstrak Bunga Hibiscus Sabdariffa, Ekstrak Akar Panax (Ginseng), Ekstrak Bunga Sambucus Nigra (Elderberi), Ekstrak Biji Vitis Vinifera (Anggur), Ekstrak Buah-buahan Citrus Grandis (Grapefruit), Karagenan, Pewangi, Dinatrium EDTA, Gam Xantan, BHA, BHT.

Ulasan


Tiada ulasan untuk produk ini buat masa ini.